Terbilang 2016 1 | Page 101

SBT

101

Antara murid-murid yang berjaya dalam ujian ini ialah:

1. Fatin Maisarah 6B,(2012) Kem Permata Pintar

2. Sarah Nicole Goon 4D ,(2012-2014) Kem Permata Pintar

3. Syafina Ilyana 5B, (2013-2014) Kem Permata Insan

2015 Kolej Permata Insan

4. Fatin Suhayla 6B, (2014) Kem Permata Pintar

5. Anis Nadhirah 2T, (2014-?) Kem Permata Insan

6. Nur Alya Hana 2T, (2014-?) Kem Permata Insan

7. Ubaidah bin Zamrus 6D, (2014) Kem Permata Pintar,

2015 Kolej Permata Pintar

b) ICAS

ICAS adalah International Competition and Assessment for School adalah peperiksaan antarabangsa yang dianjurkan oleh UNSW, Australia. Peperiksaan antara bangsa yang bersifat 'pencil and paper' ini melibatkan murid-murid Tahun 2- Tahun 6 di peringkat sekolah rendah. Antara subjek-subjek yang ditawarkan ialah Digital Technologies, Science, Writing, English dan Mathematics.

Peperiksaan ini adalah berbayar. Murid-murid yang berminat untuk mengikuti peperiksaan ini perlu membayar yuran mereka sendiri mengikut jumlah yang ditetapkan oleh pihak ICAS. Setakat ini, yuran peperiksaan adalah RM 40 untuk semua subjek kecuali Writing berjumlah RM 72.

Peperiksaan ini merupakan asas untuk murid-murid mengukuhkan kemahiran mereka dalam subjek-subjek tersebut sebagai persediaan untuk menduduki aptitud test untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di mana mereka perlu mengambil peperiksaan IELTS, TOEFL, SAT dan sebagainya.

Setiap murid yang menduduki peperiksaan ini akan diberikan sijil pencapaian dan kad kemajuan mereka dalam subjek yang diduduki itu dari UNSW, Australia. Antara tahap-tahap kemahiran yang dianugerahkan ialah High-Distinction, Distinction, Credit, Merit dan Participation. Hanya murid-murid yang mencapai tahap kecemerlangan tertentu akan mendapat anugerah 'GOLD MEDALIST' dari UNSW. Hingga setakat ini SK Minden Height masih belum memperolehi pingat tersebut.