Kurikulum Luar
SBT
100
Kurikulum luar adalah merupakan peperiksaan luar yang diambil oleh pihak sekolah. Peperiksaan ini bukanlah wajib untuk semua murid menyertainya, tetapi amatlah digalakkan untuk mereka menyertainya agar dapat mendedahkan mereka kepada peperiksaan antarabangsa agar mereka mempunyai asas yang kukuh untuk menduduki peperiksaan-peperiksaan antarabangsa yang lain apabila mereka hendak melangkah kaki ke alam universiti kelak terutamanya universiti-universiti di luar negara yang memerlukan peperiksaan kelayakan dan aptitud.
Antara peperiksaan yang terlibat adalah:
a) Permata Pintar
b) ICAS
c) ASMO
d) Kangaroo Mathematics
a) Permata Pintar
Permata Pintar adalah peperiksaan yang dijalankan atas talian yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Peperiksaan yang menguji tahap IQ dan pengetahuan am murid ini melibatkan murid-murid Tahun 2 sehingga Tahun 6 di peringkat sekolah rendah. Peperiksaan kebangsaan ini bermula pada 1 Februari dan berakhir pada 31 Mei setiap tahun. Semua murid diwajibkan mengikuti ujian ini agar dapat merebut peluang tajaan belajar di Kolej Permata Pintar dan Kolej Permata Insan.
Murid yang berjaya melepasi saringan pertama Ujian UKM1 ini akan menduduki Ujian UKM2 pada bulan Ogos kelak. Sekiranya mereka berjaya melepasi ujian ini, mereka akan mengikuti kem di Pusat Permata Pintar Negara UKM, Bangi (untuk murid-murid Tahun 3-6) atau Pusat Permata Insan Negara, USIM (untuk murid-murid Islam Tahun 2 sahaja) pada cuti persekolahan bulan Disember kelak. Murid-murid yang berkelayakan, akan berpeluang memasuki Kolej Permata Pintar dan Kolej Permata Insan.