Teknologi Pendidikan 2012 - Page 4

? ? ? ? ? ? ? ? WorPress memiliki banyak tema yang boleh digunakan untuk mengubah penampilan laman web kita. WordPress memiliki banyak plug-in yang boleh digunakan sebagai pelengkap pada laman web kita seperti statistik, kalendar, hit counter, snap dan sebagainya. WordPress boleh digunakan dalam versi Bahasa Melayu bagi sesiapa yang kurang fasih berbahasa Inggeris. WordPress memiliki built-in Rich Text Editor sehingga kita boleh menulis blog semudah menulis dokumen menggunakan MS Word. WordPress dilengkapi dengan kemudahan Spell-Check untuk membantu kita menulis dalam Bahasa Inggeris yang betul. WordPress memiliki fungsi anti-spam yang berfungsi untuk menghalang pihak lain menulis pesanan-pesanan berunsur promosi, pornografi dan pengaruh yang lain pada ruangan Comment. WordPress menyediakan RSS Feed iaitu suatu fungsi yang memberikan kemudahan kepada pengguna internet untuk mengakses maklumat secara cepat dan seterusnya membuat pautan kepada laman web mereka. WordPress membenarkan kita mencipta blog komuniti iaitu suatu blog yang boleh ditulis oleh ramai orang yang akan bertindak sebagai Administrator, Editor, Author dan Contributor. 4.0 WordPress.com dan WordPress.org VS Terdapat dua jenis WordPress iaitu WordPress.com dan WordPress.org. Wordpress.org merupakan suatu penyedia CMS yang kebiasaanya digunakan oleh pembangun laman web (web developer) secara professional. Melalui WordPress.org, kita boleh memuat turun aplikasi beserta keseluruhan fail CMS. Seterusnya, CMS ini boleh diedit semula menggunakan pengetahuan tentang skrip PHP, CSS dan skrip lain yang disertakan. Setelah itu, kita perlu memindahkan keseluruhan CMS ini ke dalam server yang dimiliki oleh kita sebelum disiarkan ke dalam internet. Contohnya seperti http://blog.us.playstation.com/. Sebagai alternatif, cara yang cepat untuk membuat blog dan laman web tanpa memerlukan pengetahuan tentang skrip pengaturcaraan komputer ini dan tanpa perlu mempunyai server sendiri adalah dengan menggunakan WordPress.com. 3