1.0 Pengenalan
Wordpress merupakan salah satu daripada tapak sumber terbuka (open source
platform) untuk membina laman web atau blog. Worpress dibangunkan dalam
bahasa pengaturcaraan PHP dan dijanakan bersama MySQL ‘database’.
Selain itu, WordPress juga merupakan salah satu sistem web yang membolehkan kita
membina blog dan laman web secara professional. Apabila kita telah menyimpan
(install) WordPress ke dalam Web Hosting dan mengaktifkan WordPress, maka kita
boleh mula menulis isi kandungan, membuat laman pautan (link), laman profil dan
sebagainya.
WordPress telah dihasilkan oleh Matt Mullenweg dan Ryan Boren sementara nama
‘WordPress’ telah dicipta oleh Christine Selleck. Fungsi utama WordPress ialah
menjadikan ia sebagai CMS (Content Management System) yang membenarkan
penulis blog mengubahsuai keseluruhan laman blog dan web mereka.
2.0 Apakah maksud CMS?
Secara umumnya, CMS bermaksud Content Management System iaitu sebuah
aplikasi atau alat yang berfungsi untuk membantu kita membuat pengisian (content).
Dalam hal ini, CMS yang dimaksudkan ialah pengisian dalam internet (web content).
CMS membantu kita memaparkan sesuatu isi dan informasi dalam laman web tanpa
perlu tahu cara untuk memprogramkan laman web itu sendiri. Tugas kita hanya
menulis isi manakala CMS akan membantu kita untuk menyiarkan isi tersebut
melalui laman web dengan sempurna.
3.0 Menggunakan WordPress sebagai CMS
Terdapat beberapa kelebihan yang perlu kita ketahui apabila menggunakan
WordPress yang akan bertindak sebagai CMS dalam membantu kita untuk
menghasilkan sesebuah laman web. Antara kelebihan tersebut adalah:
?
?
?
WordPress boleh digunakan oleh semua orang awam dan para pembangun
laman web secara percuma.
WordPress boleh disimpan (install) ke dalam server kita sendiri.
WordPress menyediakan server percuma sekiranya kita tidak mempunyai
server sendiri.
2