TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 63

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 Adil kepada semua pihak Reda antara kedua belah pihak Mendatangkan manfaat kepada kedua-dua belah pihak Memberi kepuasan kepada semua pihak, iaitu pembeli dan penjual Bersih daripada penipuan dan penindasan dalam transaksi perniagaan 1. Muamalah Islam menjadikan harta sebagai alat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT, dengan menunaikan beberapa ibadat melalui harta seperti, berzakat dan menunaikan haji. 2. Muamalah Islam menggalakkan manusia melakukan kebajikan melalui harta yang dimiliki, seperti bersedekah, menolong orang yang memerlukan dan menderma. 3. Muamalah Islam melarang manusia daripada mengumpulkan harta dengan cara yang bertentangan dengan hukum syarak, penindasan dan perbuatan zalim, seperti menipu, rasuah dan mencuri. 4. Muamalah Islam melarang manusia daripada menggunakan harta kepada jalan yang salah dan tidak memberi faedah kepada kehidupan manusia, seperti membazir atau terlalu kedekut. Barang yang hendak dijual mestilah milik sah penjual. • • • • • • Transaksi yang dijalankan mestilah bersih daripada unsur penipuan Pihak yang menjalankan urusan transaksi mestilah waras dan sempurna Persetujuan antara kedua belah pihak yang menjalankan transaksi ijab dan kabul Wujudnya persetujuan antara penjual dengan pembeli. Penjual dan pembeli mestilah seorang yang mukalaf dan berakal. Penjual dan pembeli mestilah seorang Islam. Barang yang hendak di jual mestilah milik sah penjual. Barangan yang hendak di jual mestilah suci dan halal. Barangan yang hendak di jual wujud semasa berlakunya kontrak jual beli. Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 62