Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
PELAJARAN 4 : FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM
UNIT 1 PENGERTIAN DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM
Muamalah adalah satu daripada hukum fikah yang berhubung dengan tatacara
perhubungan sesama manusia dalam memenuhi keperluan mereka yang
berhubung dengan harta, seperti hukum jual beli, sewa menyewa, dan
perdagangan yang lain.
1. Rajin berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai
kejayaan
2. Bersikap jujur, amanah dan tidak menipu dalam segala urusan
3. Bekerja kerana Allah SWT
4. Tekun dan tabah ketika melakukan segala urusan.
Bagi mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan hidup manusia. Sistem
muamalah ini mempunyai beberapa matlamat, antaranya
1. Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang aman sejahtera.
2. Untuk memudahkan manusia menikmati segala kurniaan Allah SWT dengan
cara yang betul dan di redai oleh Allah SWT
3. Mempereratkan hubungan persaudaraan antara individu dan masyarakat.
4. Untuk memastikan segala kegiatan ekonomi diberkati oleh Allah SWT
5. Menghindarkan diri daripada kezaliman dan penindasan.
6. Membangunkan ekonomi umat Islam
7. Memperkemas dan melicinkan urusan kehidupan manusia seharian.
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
61