TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 56

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 PELAJARAN 3 UNIT 2 BEKERJA KERANA ALLAH Bekerja kerana Allah SWT ialah mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri di dalam kegiatan tertentu secara berterusan untuk mencari nafkah kerana Allah SWT Islam mewajibkan umatnya melakukan pekerjaan bagi memenuhi keperluan hidupnya di dunia. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah , 11: 105 Maksudnya : Dan katakan bekerjalah kamu kerana Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman akan melihat pekerjaanmu, dan kamu akan dipulangkan kepada Yang Tahu akan yang tersembunyi dan yang terang, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. Dengan bekerja dalam bidang penyelidikan manusia dapat memakmurkan alam ini dengan pelbagai penemuan dan peralatan baru untuk keselesaan hidup manusia. Dengan bekerja dalam bidang arkitek dan teknologi bangunan manusia dapat membina bangunan yang selesa didiami. Dengan bekerja dalam bidang pertanian manusia dapat memajukan tanah serta dapat memelihara dan memulihara alam ini supaya menjadi tempat yang selesa untuk didiami Cara melaksanakan amanah Allah melalui pekerjaan ialah 1. Manusia boleh melakukan pelbagai pekerjaan mengikut pengalaman dan kepakaran mereka bagi memaju dan memakmurkan alam ini seperti berniaga, bertani dan menternak. 2. Manusia boleh melakukan pelbagai penyelidikan dan penemuan sains dan teknologi bagi melaksanakan amanah Allah SWT seperti bidang perubatan, astronomi dan pertanian. 3. Manusia boleh bekerja dalam bidang pembuatan untuk mencipta peralatan baru untuk kemudahan hidup manusia, seperti dalam industri perkilangan dan pembuatan. Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 55