TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 55

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 KERTAS 2 Jawab semua soalan berikut. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas yang berasingan. 1 Nyatakan pengertian pekerjaan dalam Islam. 2 Jelaskan kenapa Islam menuntut umatnya melakukan pekerjaan. 3 Nyatakan tiga kebaikan bekerja. 4 Terangkan tiga matlamat bekerja menurut Islam. 5 Nyatakan dua kebaikan bekerja makan gaji. 6 Jelaskan dua implikasi pekerjaan halal dan pekerjaan haram terhadap individu. 7 Berikan dua hikmah pekerjaan yang halal terhadap diri dan keluarga. 8 Terangkan tiga kepentingan bekerja sendiri kepada pembangunan negara. 9 Nyatakan kesan buruk pengangguran. 10 Nyatakan maksud bekerja kerana Allah. 11 Terangkan dua etika bekerja kerana Allah s.w.t. 12 Nyatakan cara melaksanakan amanah Allah s.w.t melalui pekerjaan. 13 Terangkan tiga syarat sesuatu pekerjan menjadi ibadat. 14 Jelaskan etika kerja menurut Islam. 15 Terangkan dua langkah untuk meningkatkan kualiti kerja dalam Islam. 16 Huraikan dua kelebihan bekerja kerana Allah s.w.t terhadap individu. 17 Nyatakan dua kelebihan bekerja kerana Allah s.w.t. 18 Nyatakan kesan menceburi bidang pekerjaan yang halal terhadap pembentukan akhlak seseorang. 19 Huraikan budaya bekerja mengikut perspektif Islam. 20 Jelaskan tiga ciri pekerjaan yang digalakkan dalam Islam. 21 Huraikan dua hikmah terhadap individu yang melakukan pekerjaan yang disukai oleh Allah SWT.. Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 54