TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 199

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 Pengertian mewujudkan kesaksamaan sosial : Satu usaha yang berterusan untuk mewujudkan hubungan baik sesama manusia di samping menjauhi keburukan yang boleh membawa kepada perpecahan, perbalahan, kekacauan dan sebagainya Masyarakat Islam hari ini kurang prihatin kepada masalah orang lain kerana masih terdapat perasaan perbezaan status dan mementingkan diri sendiri. Melalui akidah, • • Meyakini bahawa Allah SWT telah memerintahkan umat supaya sentiasa prihatin dengan golongan yang tidak bernasib baik dengan sentiasa menolong mereka. Yakin bahawa Islam tidak pernah membiarkan mereka yang tidak bernasib baik tanpa pembelaan dan bantuan Melalui syariah: • • Islam telah mensyariatkan kewajipan zakat bagi membantu golongan yang tidak bernasib baik Mewajibkan golongan kaya menunaikan kewajipan lain selain daripada zakat seperti menunaikan hak-hak jiran, sedekah, korban dan sebagainya. Melalui Akhlak: • • Sentiasa prihatin dengan penderitaan dan kesengsaraan orang lain Sentiasa melakukan kebajikan dengan ikhlas. Kesan penyelesaian masalahketiadaan kesaksamaan sosial: • • Keadilan sosial dapat ditegakkan kepada semua ahli masyarakat Jurang perbezaan sosial antara masyarakat dapat dikurangkan. Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 198