Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
Pengertian menjamin keselamatan :
Islam menjamin keselamatan semua manusia yang berada dalam negara Islam. Jaminan
tersebut termasuklah keselamatan akidah, harta benda dan jaminan sosial.
Kewujudan pelbagai masalah dalam negara seperti ancaman perkauman, perasaan curiga
mencurigai, rompakan dan sebagainya menjadikan negara tidak aman dan
menimbulkan perasaan takut di kalangan warganya.
Melalui akidah,
•
•
Meyakini bahawa Allah SWT mewajibkan setiap umat Islam menjaga keselamatan diri
sendiri dan orang lain.
Meyakini bahawa Islam melarang umatnya daripada melakukan perbuatan yang boleh
mencetuskan kekacauan dan huru hara dalam negara.
Melalui syariah:
•
•
Islam telah mensyariatkan hukum jihad bagi mempertahankan negara daripada
pencerobohan dan musuh.
Islam telah mensyariatkan hukuman yang berat kepada orang yang melakukan
pemberontakan dan perbuatan yang boleh mengancam keselamatan negara.
Kesan penyelesaian masalah ketiadaan jaminan keselamatan
•
•
•
Keamanan masyarakat dapat dikekalkan.
Rakyat dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna.
Kehidupan masyarakat menjadi aman dan tenang.
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
197