Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
Kesan penyelesaian masalah Perpecahan ummah:
•
•
Dapat menjana kekuatan ummah yang sejati
Umat Islam akan menjadi umat yang diteladani dalam semua bidang kehidupan
Cara untuk membentuk perpaduan ummah:
•
•
•
Sentiasa mewujudkan perasaan kasih sayang antara satu sama lain dengan
sentiasa bertanya khabar dan sebagainya
Bantu-membantu antara satu sama lain
Menghormati hak-hak jiran seperti sentiasa tidak membuat bising
Pengertian Kecemerlangan pendidikan:
Kecemerlangan dalam proses membentuk keperibadian manusia yang melibatkan
penyesuaian terbaik untuk perkembangan mental dan fizikal. Kecemerlangan ini tergambar
melalui intelektual, emosi, sikap dan tindakan manusia terhadap persekitarannya.
Kelemahan dalam bidang pendidikan akan menyebabkan umat Islam ketinggalan dalam
semua segi dan senang dijajah oleh negara asing
Melalui akidah,
•
•
•
Meyakini bahawa Islam menyuruh umatnya supaya menuntut ilmu dengan
bersungguh-sungguh
Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud “ Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri Cina “
Yakin bahawa orang yang berilmu akan dimuliakan oleh Allah SWT di dunia dan
akhirat.
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
193