TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 193

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 PELAJARAN 9 ISU MASALAH DAN CARA PENYELESAIAN MENURUT ISLAM Pengertian membina perpaduan ummah. Perpaduan ummah bermaksud manusia hidup dalam sebuah masyarakat yang sayang menyayangi dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Perpaduan dalam Islam meliputi semua manusia tanpa mengira keturunan, warna kulit, bahasa, bangsa dan pangkat seseorang Perpaduan ummah Islam sekarang ini telah menjadi begitu rapuh dan mudah dihancurkan oleh anasir yang tidak bertanggungjawab. Ketiadaan perpaduan bukan saja menghancurkan ummah Islam malahan memberi kesan yang buruk kepada agama Islam itu sendiri. Melalui akidah, Kepercayaan dan keyakinan kepada akidah yang sama, iaitu kepercayaan kepada Allah SWT yang satu merupakan asas bagi mewujudkan perpaduan. Al-quran telah menjelaskan dasar perpaduan Ummah dan melarang perpecahan Melalui syariah: • • Syariat Islam telah mewujudkan pelbagai peraturan untuk mengeratkan perpaduan sesama manusia seperti kewajipan berzakat dan sedekah bagi merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara golongan kaya dengan miskin. Islam mengharamkan perbuatan menyebarkan fitnah kepada orang lain dengan mengenakan hukuman yang berat ke atas penyebar fitnah bagi mengekalkan keharmonian dan perpaduan ummah Melalui Akhlak: • • Islam memerintahkan umatnya supaya sentiasa bersifat toleransi dan hormatmenghormati antara satu sama lain. Ajaran Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kejahatan dengan sentiasa melakukan amar makruf dan nahi mungkar Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 192