TASAWWUR ISLAM TINGKATAN 5 | Page 176

Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5 Al-Quran • Al-Quran merupakan sumber utama penyelesaian masalah menurut Islam. Segala hukum dan peraturan dalam Islam adalah sesuai dengan fitrah semula jadi manusia dan kekal hingga ke hari akhirat. • As-Sunnah merupakan sumber penyelesaian yang kedua selepas alQuran kerana as-sunnah merupakan penerang dan penjelas kepada segala isi kandungan Al_Quran • Ijmak merupakan sumber penyelesaian masalah yang ketiga dalam Islam, di mana jika terdapat sesuatu masalah yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran dan Sunah maka Ijmaklah akan menjadi rujukan. • Qias merupakan sumber keempat bagi menyelesaikan masalah dalam Islam, jika penyelesaian masalah tersebut tidak dinyatakan dengan jelas dalam ketiga-tiga sumber yang terdahulu. AsSunnah Al-Ijmak Qias Sumber-sumber sampingan dalam menyelesaikan masalah • • • Al-Masalihul Mursalah Istihsan Uruf. Bukti Islam mampu menyelesaikan masalah 1. Islam telah mensyariatkan pelbagai peraturan dan hukum dalam mengawal setiap aktiviti manusia agar mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Contohnya hukum akidah, hukum etika dan hukum amaliyyah. 2. Islam juga telah menyediakan cara penyelesaian sesuatu masalah dengan terperinci dan bersistematik. Contohnya dalam menyelesaikan masalah pembuangan bayi Islam telah mengharamkan semua unsur yang boleh membawa kepada masalah tersebut seperti pergaulan bebas dan perzinaan 3. Islam menyediakan pembalasan ke atas semua perbuatan manusia sama ada di dunia dan akhirat, di mana jika seseorang itu terlepas daripada menerima pembalasan semasa di dunia , dia akan mendapat pembalasan semasa di akhirat. Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009 175