Buku Nota Lengkap Tasawwur Islam Tingkatan 5
PELAJARAN 7
ASAS DAN PERTIMBANGAN PENYELESAIAN
MASALAH MENURUT ISLAM
ISLAM
Penyelesaian masalah menurut Islam bermaksud menyelesaikan masalah umat manusia
dilakukan berasaskan syariat Islam yang diturunkan oleh Allah SWT dengan mengambil
kira semua aspek kehidupan manusia yang meliputi ekonomi, politik, sosial, perundangan
dan sebagainya.
Diri dan Keluarga
•
•
•
Dapat menambahkan keyakinan dan keimanan kepada Allah SWT
Dapat memberi ketenangan dalam kehidupan kerana masalah dapat diselesaikan
sehingga ke akar umbi
Dapat membangkitkan semangat untuk berusaha dengan lebih bersungguhsungguh dan tidak mudah berputus asa untuk menyelesaikan masalah tersebut
Masyarakat
•
•
•
Keadilan dapat ditegakkan dalam masyarakat kerana cara penyelesaian masalah secara
Islam amat mementingkan keadilan kepada semua.
Dapat melahirkan semangat bekerjasama dan perpaduan dalam masyarakat, kerana
penyelesaian masalah secara Islam memerlukan penglibatan semua pihak.
Masyarakat dapat hidup dengan aman dan selesa, kerana masalah dapat diselesaikan
dengan berkesan
Negara
•
•
•
Negara akan menjadi lebih maju dan di pandang tinggi oleh negara luar.
Perpaduan rakyat akan bertambah kukuh
Gejala sosial dan kemungkaran dalam negara dapat dihapuskan
1. Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah semula jadi manusia, kerana agama Islam
adalah agama yang cintakan keamanan , kebaikan dan bencikan sesuatu yang boleh
membawa kemusnahan sama seperti kehendak semula jadi manusia.
2. Islam adalah agama yang lengkap dan sempurna dan meliputi semua aspek kehidupan
manusia sama ada dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.
3. Islam memberi keadilan kepada semua manusia tanpa mengira kedudukan, pangkat dan
keturunan seseorang.
Disediakan oleh En. Safaee Zakaria @ 2009
174