Suluh Ilmu Sinar Bahasa
Mei 2016
RUMUS ANEKSI PESONA
Oleh Aswadi Md Amin
Aneksi ialah susunan serangkai yang hubungannya sangat erat dan tidak dapat disisipi oleh sebarang unsur.
Pesona pula merujuk kepada nama diri, pembicara, atau orang yang berperanan dalam pembicaraan. Oleh
itu hukum aneksi persona menetapkan bahawa penggunaan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti
nama diri kedua mestilah hadir serangkai dalam frasa kerja pasif.
Contoh:
1a.
Kami telah membaca buku itu semalam. (Ayat aktif)
1b.
Buku itu telah kami baca semalam. (Ayat pasif)
2a.
Awak mesti membaca buku itu sekarang juga. (Ayat aktif)
2a.
Buku itu mesti awak baca sekarang juga. (Ayat pasif)
Berdasarkan ayat 1b dan 2b di atas, rumus ayat pasif yang menggunakan ganti nama diri pertama dan kedua
dapat dirumuskan seperti berikut:
KGND 1 & 2
OBJEK
KGND
Buku itu
telah kami
Buku itu
mesti awak
*Kata bantu tidak boleh disisipkan antara KGND dengan KK
KK (x imbuhan awalan)
baca semalam
baca sekarang juga
Bagi ayat pasif yang menggunakan ganti nama diri ketiga pula, susunannya adalah seperti berikut:
KGND 3
OBJEK
Filem itu
Oleh Bukhari Shafie
(imbuhan di-) KK (oleh pilihan)
telah ditonton
KGND
mereka
Buku ini memperkenalkan bidang linguistik yang begitu luas kepada para pembaca.
Huraian dalam buku ini merangkumi aspek yang berkaitan dengan bidang linguistik
Melayu atau kajian bahasa Melayu, iaitu aspek teori, aplikasi dan antara disiplin.
Dalam aspek teori, kandungan buku ini menghuraikan secara jelas topik yang
berkaitan dengan fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik.
Aspek aplikasi dan antara disiplin mencakupi bidang yang cukup luas termasuklah
psikolinguistik, sosiolinguistik, linguistik sejarah, dialektologi, pengajaran bahasa,
linguistik komputer, penterjemahan, linguistik forensik, neurolinguistik dan
sebagainya. Linguistik Melayu juga menjelaskan kepada pembaca tentang
kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan seharian kita. Bidang linguistik berkait
rapat dengan aktiviti hidup kita, khususnya lakuan bahasa, iaitu dalam
penyampaian dan pemahaman maksud. Buku ini dapat menjadi bahan bacaan dan
rujukan yang berguna kepada peminat dan pejuang bahasa Melayu serta individu
yang meminati bidang pengajian dan penyelidikan bahasa Melayu, khususnya para
pelajar yang mengikuti program pengajian bahasa Melayu, linguistik dan
pendidikan.
Linguistik Melayu. 2015. Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh & Rahim Aman.
Penerbit UKM: Bangi. 240hlm. Harga RM35.00.
JPM IPGKDA