Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil.5 Mei 2016) | Page 14

Suluh Ilmu Sinar Bahasa Mei 2016 SOALAN Pesalah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah. Mengapakah ayat tersebut salah? Apakah penjelasannya? JAWAPAN Kesalahan ayat tersebut adalah pada kata dijatuhkan. Sekiranya ayat tersebut diaktifkan akan menjadi seperti berikut: Hakim menjatuhkan pesalah itu hukuman gantung sampai mati kerana mengedar dadah. Ayat ini bermakna bahawa yang jatuh ialah pesalah bukannya hukuman gantung sampai mati. Sepatutnya, yang jatuh ialah hukuman dan pesalah yang menerimanya. Ayat tersebut sepatutnya: (a) Pesalah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh hakim kerana mengedar dadah. (b) Hukuman gantung sampai mati dijatuhkan oleh hakim kepada pesalah itu kerana mengedar dadah. SOALAN (a) Cikgu Azman mengajarkan Geografi di Sekolah Menengah Taman Selasih. (b) Cikgu Azman mengajar Geografi di Sekolah Menengah Taman Selasih. Antara ayat (a) dengan ayat (b), yang manakah yang betul? Sila berikan penjelasan: JAWAPAN Menurut Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (2002:7), kata mengajarkan bermakna memberikan sesuatu sebagai pelajaran kepada seseorang. Kata mengajar pula (Kamus Dewan, 1994 : 16) bermakna 1. menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang lain, mendidik, melatih, memberikan petunjukpetunjuk kepada; 2. membaiki kelakuan dengan memberi nasihat dan sebagainya, mendidik; 3. membuat seseorang melakukan sesuatu ber