Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil.5 Mei 2016) | Page 13

Suluh Ilmu Sinar Bahasa Mei 2016 KESALAHAN UMUM DALAM TATABAHASA Oleh Dr. Hj Amir bin Hj Juhari Kesalahan bahasa kerap berlaku dalam kalangan pengguna bahasa di sektor awam mahupun swasta. Kesalahan bahasa dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai pengetahuan tatabahasa yang baik, manakala kesilapan bahasa dilakukan oleh mereka yang mempunyai pengetahuan bahasa yang baik tetapi biasanya melakukannya tanpa sedar. Berikut merupakan antara soal jawab yang disenaraikan berkaitan tatabahasa : SOALAN Adakah kata panggilan dalam teks ucapan ditulis dengan huruf besar? Contohnya: Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru- guru dan rakan-rakan sekalian… JAWAPAN Menurut peraturan, kata nama am tidak dieja dengan huruf besar (huruf pertamanya). Jadi, “Tuan pengerusi majlis, yang berusaha guru besar, guru-guru dan rakan-rakan” sepatutnya ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan, tuan pengerusi majlis dan yang berusaha guru besar boleh ditulis dengan huruf besar (pada pangkalnya sahaja) kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis. SOALAN Adakah tanda koma perlu wujud di hadapan perkataan ‘dan’ bagi menjelaskan perkara yang lebih daripada dua? Contohnya: Ali telah membeli sebuah buku, sebatang pembaris, dan segulung kad manila. JAWAPAN Untuk ayat di atas, tanda koma tidak diperlukan sebelum kata ‘dan’ kerana ayat tersebut merupakan ayat majmuk biasa (setara). Walau bagaimanapun, tidak salah sekiranya tanda koma digunakan kerana tidak menimbulkan perubahan dari segi maknanya dan ini hanyalah melibatkan gaya penulisan. Sekiranya ayat majmuk ini terdiri daripada dua ayat inti setara, tanda koma sebelum ‘dan’ tidak diperlukan sama sekali. Contohnya: (a) Dia membeli buku Tatabahasa Dewan dan Kamus Dewan Tanda koma boleh diletakkan sebelum ‘dan’ jika ayat majmuk mengandungi perkataan yang tidak setara. Contoh : Ibu pergi ke kedai membeli gula, tepung, roti, dan baju. Baju tidak setara dengan gula, tepung dan roti. JPM IPGKDA