Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil.3 Sept.2014) | Page 7
Sinar Ilmu Suluh Bahasa . Bilangan 3 Sept. 2014
Ular Menyusur Akar Tiada Hilang Bisanya
Oleh : Mohd Shafiee Hassan
Ular biasanya tidak suka menyusur atau menjalar di
akar kerana agak sukar baginya untuk bergerak.
Sekiranya terdapat ular yang menyusur akar, bererti
ular tersebut melakukan sesuatu keganjilan bagi
tabiat ular. Walau bagaimanapun, andai hal tersebut
dilakukannya, tindakan tersebut tidak sedikit pun
menghilangkan bisanya.
"Dan janganlah engkau memalingkan
mukamu (kerana memandang rendah)
kepada manusia, dan janganlah engkau
berjalan di muka bumi dengan berlagak
sombong, sesungguhnya Allah tidak suka
kepada tiap-tiap orang yang sombong,
takbur lagi membanggakan diri. Dan
sederhanakanlah langkahmu semasa
berjalan, juga rendahkanlah suaramu
(semasa berkata-kata), sesungguhnya
seburuk-buruk suara ialah suara kaldai".
( Surah Luqman : 18 & 19)
Peribahasa ini memperlihatkan keluhuran budi
seseorang jika ia mengamalkan apa-apa yang tersirat
di sebalik maksud peribahasa ini. Sebagai contoh,
apabila seorang yang sudah berpangkat atau
berdarjat atau menjadi orang besar merendahkan
diri dengan bercampur dengan orang ramai, baik
dalam makan minum, duduk bersembang atau
memakai pakaian berjenama biasa sebagaimana
dipakai oleh orang kebanyakan, darjat atau
pangkatnya tidak akan terjejas, malah ia akan lebih
dihormati kerana sikapnya yang merendah diri, tidak
besar diri dan tidak sombong itu.
Oleh yang demikian, pemimpin pada semua
peringkat sewajarnya mengamalkan falsafah di
sebalik peribahasa ini sewaktu menjalankan
tanggungjawab mereka terhadap orang ramai. Hal
ini demikian kerana sikap meninggi diri, sombong,
dan takbur adalah sikap tercela baik dari segi adat
mahupun agama. Sifat mulia dan berbudi,
sewajarnya dijadikan amalan bagi setiap mereka
yang menjadi pemimpin masyarakat dalam semua
bidang. Mereka yang bersikap sedemikian dianggap
berhemah tinggi, berpekerti mulia dan berbudi
luhur.
Perintah agar manusia tidak berlagak sombong amat
jelas dinyatakan dalam al-Quran menerusi firmanNya yang bermaksud:
Renungkanlah.
Peribahasa ini membawa maksud tiada
hilang martabat seorang yang mulia atau berpangkat
sekiranya merendahkan diri dalam hubungannya
dengan orang ramai.
Kekeliruan Mengeja
Oleh : Aswadi Md. Amin
Pelbagai kesalahan ejaan kata majmuk.
SALAH
ibubapa
citarasa
urusetia
siaraya
pasaraya
campurtangan
usahasama
urusniaga
penguatkuasa
pilihanraya
BETUL
Ibu bapa
cita rasa
urus setia
siar raya
pasar raya
campur tangan
usaha sama
urus niaga
penguat kuasa
pilihan raya