Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil. 2 Feb. 2014) | Page 3

Sinar Ilmu Suluh Bahasa . Bilangan 2 Februari 2014 Gurindam Adab Menjalankan Tugas Apabila kita melakukan kerja Lakukan dengan baik jangan leka Apabila kita melakukan tugas Rajinlah selalu jangan malas Apabila bertugas dalam pejabat Masuk kerja mestilah tepat Apabila melakukan kerja luar Lakukan tepat jangan melewar Apabila kerja lebih masa Buat tuntutan ikut etika Apabila kerja lewat malam Kelak kesihatan tidak tenteram Kekeliruan dan Kecelaruan Mengeja Oleh Aswadi Md. Amin SALAH hajjah isya lembab pekej letrik selsema agreget atlit dailog faksimili BETUL hajah isyak lembap pakej elektrik selesema agregat atlet dialog faksimile Apabila kerja waktu petang Janganlah kita curi tulang Apabila kerja disiap kemas Pasti majikan upahnya emas Apabila kerja tidak dapat siap Pastikan ada yang kita silap Apabila kerja siap dibuat Itulah tanda kerja kuat Apabila kerja semuanya siap Bolehlah kita rehat barang sekejap Apabila kerja tak henti-henti Itulah tanda tidak teliti Apabila kerja dibawa ke rumah Itu tanda kerja tak berhemah Apabila kerja kita tak menjadi Tanda kerja tidak berhati-hati Apabila kerja lewat selesai Itulah tanda kita tidak pandai Apabila kita kerja tak menentu Tanda kerja tidak bermutu Apabila kerja separuh siap Pastikan kita tidak buat silap Apabila kerja selalu bertangguh Itulah tanda tidak bersungguh Apabila kerja menjadi buntu Itulah tanda kurang ilmu Apabila kita kerjanya enteng Itulah tanda selalu ponteng Abdullah Mat 2013 Penyertaan Seminar Antarabangsa Beberapa orang pensyarah JPM telah menyertai dan membentangkan kertas kerja dalam seminar peringkat antarabangsa baru-baru ini. Antaranya ialah En. Bukhari Shafie yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Strategi Berbahasa dan Santun dalam Penulisan E-mel Pelajar Bukan Melayu’ di 3rd International Conference on Issues in Language Teaching & Learning among Non-Native Speakers (ILANNS), anjuran UiTM Shah Alam pada 18-19 Februari 2014. Seterusnya pada 25 Februari 2014, En. Bukhari Shafie, Tn. Hj. Alias Sidek, En. Mohd Shafiee Hassan dan En. Mohd Zuhairi Raffien telah menyertai International Seminar Teaching Excellence & Educational Innovation di Universiti Malaya. Mereka telah membentang kertas kerja bertajuk ‘Wordpress dan Facebook sebagai Ruang Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu’. Penyertaan dan pembentangan dalam seminar merupakan sebahagian daripada usaha JPM untuk membudayakan amalan penyelidikan dan penulisan dalam kalangan pensyarah jabatan. www.lmsipda.net/buletinjpm