Suluh Ilmu Sinar Bahasa (Bil. 2 Feb. 2014) | Page 2

Sinar Ilmu Suluh Bahasa . Bilangan 2 Februari 2014 ‘Atas Talian’ atau ‘Dalam Talian’ Oleh Bukhari Shafie Istilah ‘atas talian’ dan ‘dalam talian’ merupakan istilah yang sering digunakan untuk merujuk kepada istilah ‘online’. Berdasarkan carian menggunakan enjin carian Google, terdapat 560 000 penggunaan istilah ‘dalam talian’ dan 1 780 000 penggunaan istilah ‘atas talian’. . Antara contoh penggunaannya berdasarkan carian Google ialah: Antaranya Kamus Dewan edisi keempat, Kamus Dwibahasa, kamus istilah TMK dan juga melalui rujukan maya di Pusat Rujukan Persuratan Melayu yang dikelolakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) (www.prpm.dbp.gov.my). Dapatan berdasarkan rujukan istilah Malaysia adalah seperti di bawah. Istilah Sumber online documentation online help online forum 1a. Radio Dalam Talian (Online) - IKIMfm 1b. Mohon Dalam Talian - UNITAR International University 1c. Pengiraan Faraid Dalam Talian - Selamat Datang ke Portal E-Syariah 1d. Pembayaran Dalam Talian - Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka 2a. Selamat Datang Ke Sistem Peperiksaan Atas Talian 2b. Aplikasi Permohonan Jawatan Atas Talian UMT 2c. Perkhidmatan Atas Talian Kementerian Kerja Raya 2d. Kedai Atas Talian - Quora Penggunaan seperti 1a – 1d dan 2a – 2d memperlihatkan bahawa penggunaan kedua-dua istilah tersebut jelas bertujuan merujuk kepada istilah ‘online’. Hasil carian juga menunjukkan bahawa penggunaan istilah ‘atas talian’ paling banyak digunakan oleh pengguna, iaitu sebanyak 1 780 000 rujukan berkaitannya. Hal demikian menunjukkan bahawa pengguna lebih gemar menggunakan istilah ‘atas talian’ untuk merujuk kepada istilah ‘online’. Selain itu, dapatan juga menunjukkan bahawa penggunaan istilah tersebut digunakan secara meluas dalam kalangan individu, sektor awam dan swasta. Bagi mengenal pasti penggunaan istilah yang tepat, penulis telah melakukan rujukan daripada beberapa sumber. Istilah Sasar dokumentasi dalam talian bantuan dalam talian forum dalam talian Bidang Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat Teknologi Maklumat Selain itu, rujukan melalui Khidmat Nasihat Bahasa pula memperlihatkan jawapan yang jelas diberikan oleh pihak DBP terhadap pertanyaan yang dikemukakan berkaitan penggunaan istilah-istilah tersebut. Antara dapatannya adalah seperti di bawah. Soalan 1) Status penggunaan perkataan Online dalam laman web kerajaan untuk versi Bahasa Malaysia. Dibenarkan atau tidak? Cth: Current online - diterjemahkan ke Sekarang Online. Salam sejahtera, Saya ingin bertanya samada terdapat terjemahan rasmi untuk "online shopping" dan "online store". Saya tidak dapat mencari keduaduanya dari laman ini. Sekian. Terima Kasih. Jawapan Online ialah perkataan Inggeris. Sepatutnya perkataan itu tidak digunakan dalam ayat atau teks bahasa Melayu. Seharusnya diterjemahkan terlebih dahulu. Cadangan terjemahan ialah dalam talian. Cadangan: 1. Online Shopping Membeli-belah dalam talian 2. Online Store - i. Stor dalam talian ii. Pusat beli-belah dalam talian iii. Gedung beli-belah dalam talian Manakala kata ‘online’ tidak tersenarai dalam daftar Kamus Dewan. Hal ini menunjukkan bahawa istilah ‘online’ masih belum diterima sebagai kata pinjaman dalam BM. Rumusannya, berdasarkan perbincangan dan dapatan di atas maka istilah yang tepat digunakan untuk merujuk kepada ‘online’ ialah ‘dalam talian’. www.lmsipda.net/buletinjpm