STANDARD PRESTASI PAK21 V1.0 | Page 89

Unit Hal Ehwal Murid di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Pembangunan Kemanusiaan, JPN Johor telah menerapkan inisiatif KrMJ dalam setiap aktiviti agar dapat menyokong kepada pembinaan akhlak terpuji dengan menanamkan tujuh perkara berikut : Rajah 4 : Inisiatif KrMJ Bagi menonjolkan lagi Jati Diri Murid Johor melalui inisiatif KrMJ, Program Kepimpinan dan Program Kendalian Murid telah diperkasakan agar mampu melahirkan kepimpinan yang berkualiti dan holistik. Inisiatif tersebut merujuk kepada kesinambungan usaha JPN Johor melalui program Johor Student Leaders Council (JSLC) di peringkat negeri dan Student Leaders Board (SLB) di semua sekolah. Semua aktiviti dan inisiatif ini bertujuan menyediakan modal insan berketrampilan dan berkebolehan memimpin, mengendalikan program dan mampu memainkan peranan penting di sekolah, institusi serta masyarakat. Secara langsung program KrMJ telah mewujudkan ekosistem sosial positif yang menyokong kepada Anjakan ke-3 dalam 11 Anjakan dalam PPPM iaitu ‘Membangunkan Rakyat Malaysia Yang Dipacu Nilai Murni. Secara kesimpulannya, Program KrMJ yang ingin disemarakkan oleh JPN Johor diharapkan akan melahirkan murid yang sentiasa berperilaku dan bertindak positif sekaligus dapat mewujudkan ekosistem pembelajaran dan pendidikan yang kondusif dan akhir menyokong kepada pencapaian akademik. Impak yang diharapkan dari program KrMJ ini adalah agar murid Johor dapat menonjolkan karakter positif yang terserlah, disanjung, dipandang tinggi dan mudah dikenali. 89