tunjang 3.3
ekosistem emosi
yang MATANG
Program Karakter Murid Johor (KrMJ) yang diperkenalkan pada tahun 2017 oleh Jabatan Pendidikan
Negeri Johor (JPN Johor) merupakan salah satu program yang menyokong kepada ekosistem
sosial yang positif bagi membentuk pembangunan sahsiah pelajar secara holistik.
Ekosistem sosial adalah suatu proses yang terbentuk kerana adanya hubungan timbal balik antara
makhluk hidup dengan persekitarannya. Ia akan membentuk satu kesatuan dan keteraturan yang
saling menyokong bagi membentuk keseimbangan dalam putaran sosial yang positif,
maka
program KrMJ merupakan salah satu inisiatif yang menyokong pembentukan sahsiah pelajar agar
menjadi pemimpin yang cemerlang berlandaskan kepada lima objektif utama iaitu:
Melahirkan murid yang berimej dan beridentiti Johor.
Membina murid Johor yang berkebolehan dan berperadaban tinggi.
Membangunkan gaya kepimpinan murid Johor yang berkualiti.
Menjalinkan kerjasama, perpaduan dan muafakat dalam kalangan
murid Johor.
Memupuk murid Johor agar memahami sejarah dan menghargai
seni budaya tempatan.
Inisiatif bagi memastikan murid sekolah Johor mempunyai jati diri yang utuh itu juga sebenarnya
merupakan satu daripada sembilan strategi yang digariskan JPN Johor bagi mendepani isu dan
cabaran pendidikan tahun 2017 yang dijangka hebat. Melalui program yang digarap sebegitu rupa
akan dilaksanakan di sekolah-sekolah di negeri Johor, akan melibatkan tiga fasa dengan beberapa
aktiviti iaitu:
Fasa 1 Keseragaman pemakaian T-shirt KrMJ, Budaya salam,
Amalan Doa dan penghayatan Lagu-lagu Patriotik Johor.
Fasa 2 Penekanan kepada budaya kesantunan, memupuk budaya
Johor dan Gaya rambut kemas ala Johor.
Fasa 3 Program-program kendalian murid dan program-program
kepimpinan.
Program KrMJ merupakan satu daripada tujuh hala tuju JPN Johor. Empat daripadanya diurus dan
diselaraskan oleh Sektor Pembangunan Kemanusiaan selepas Kolaborasi MSSJ-JDT, Kokurikulum
Berimpak Tinggi dan Pengurusan Asrama Berkualiti. Keempat-empat showcase ini adalah
berpaksikan kepada “Memacu Tranformasi Pendidikan Negara” sebagaimana yang terdapat dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
88