STANDARD PRESTASI PAK21 V1.0 | Page 24

B. PGB bertindak sebagai Pembimbing Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi untuk meningkatkan kecekapan individu dan kualiti pengurusan sekolah. 1. PGB memberi bimbingan kepada guru dan Anggota Kakitangan Pelaksana ( AKP ) secara profesional dan terancang. Memberi input, panduan dan maklum balas kepada guru dan AKP mengikut keperluan, secara jelas, menyeluruh dan dari semasa ke semasa. 2. PGB memberi bimbingan kepada barisan pemimpin yang diturun kuasa secara profesional dan sistematik. Memberi panduan, maklum balas dan pendedahan berkaitan tugas kepada PK, GKMP (Guru Kanan Mata Pelajaran) dan Ketua Panitia (KP) mengikut keperluan, secara jelas, menyeluruh dan dari semasa ke semasa. C. PGB bertindak sebagai Pendorong Pengetua/Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi untuk meningkatkan motivasi warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab secara bersungguh-sungguh dan berkualiti. 1. PGB mendorong warga sekolah secara profesional. Mendorong warga sekolah dengan menjadi role model dalam melaksanakan tugas, penampilan diri, sebagai pakar rujuk dan cara berkomunikasi secara tekal, bersungguh-sungguh dan menyeluruh. 2. PGB menggalakkan warga sekolah memberi input secara terancang. Mendengar, menerima dan mengambil tindakan terhadap pandangan warga sekolah berkaitan pemajuan sekolah dengan sikap terbuka, secara tekal, menyeluruh dan mengikut keperluan atau kesesuaian. “Great school leaders constantly pay attention. They build a culture focused on student learning. They confront mediocre teaching. They invite. They inspire. They support families, students and school staff in ways that lead to improvement. They want to be trusted, not simply like.” ~ Nichole Leighton ~ 24