comel dan pelbagai bentuk. Keterujaan jelas diwajah mereka
apabila diberi peluang membuat sangkar ini bersama-sama
Pak Long. Lawatan sebegini telah menjadi agenda menarik
semasa menerima kunjungan tetamu dari luar Negara ke sekolah
ini. Harapan sekolah semoga khidmat sosial sebegini. akan
menggangkat nama Permatang Tok Jaya ke pentara antarabangsa.
Sesungguhnya sangkar burung merupakan `hadiah’
yang sangat berharga kepada Sekolah Permatang Tok Jaya,
Pak Long dan Pelajar-pelajar Pendidikan Khas SMKPTJ.
Sangkar burung yang diperbuat daripada bahan alam semulajadi seperti buluh dan rotan dimanfaatkan oleh generasi
terdahulu sebagai seni warisan zaman dihadiahkan kepada
generasi hari ini untuk dikomersialkan dan disesuaikan mengikut keperluan zaman. Pelajar-pelajar Pendidikan Khas di
Sekolah Men. Permatang Tok Jaya bertuah mendapat kemahiran membuat sangkar burung, selain itu sangkar burung
jugalah yang mengeratkan lagi hubungan baik antara Pak
Long dan pihak sekolah dan sangkar burung jugalah yang
akan memperkenalkan Permatang Tok Jaya
kepada pelancong dalam dan luar negeri. Hubungan yang saling bergantungan kepada Sangkar Burung adalah simbolik `Hadiah’
seni warisan zaman ini yang mesti dipertahankan walaupun
berhadapan dengan zaman globalisasi .
SEKIAN, TERIMA KASIH
Catatan Puan Zuraidah Md. Ali semasa penghasilan video
“Hadiah Sangkar Burung 2014”