HADIAH SANGKAR BURUNG
( Penglibatan pelajar SMKPTJ dalam aktiviti kemasyaraktan)
Di sekolah inilah segalanya bermula... keiltizaman warga
sekolahnya untuk mengadakan program yang dapat memberi
sumbangan kepada masyarakat dan negara serta melatih para
pelajar menjadi warga Negara yang perihatin serta bertanggungjawab telah mempertemukan Pak Long dengan pihak sekolah
secara lebih dekat dan bermakna . Pak Long yang saban hari
kelihatan tunduk mengayuh basikal masuk ke kawasan sekolah
memerah keringat membersihkan kawasan sekeliling ternyata
mempunyai kemahiran yang sukar didapati iaitu membuatsangkar
burung.
Sajak
Warisan zaman
Aku yang semakin dimamah usia
Melihat jeriji buluh itu dengan mata bening berkaca
Ruas buluh dipotong dalam jengkal jari yang sama
Bilah buluh diatur
melingkari lubang – lubang kecil bulatan rotan
Cantik... sangkar burung ini ,
dibelai kelembutan jemariku yang usang
Rugi jika tidak dipelihara keseniannya ,
Sirna di balik tabir masa
.
Nasibmu ada pada anak muda itu,
Yang kian manja diulit kesenangan,
Tahukah dia melilit rotan?
Tahukah dia meraut buluh?
Belum tentu tahu...
Anak muda itu perlu belajar,
Hak pertuanan warisan zaman.
,
Sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan ,warga sekolah
peka bahawa kesenian warisan bangsa ini perlu dipertahankan
agar tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Pihak sekolah
tidak bertepuk sebelah tangan kerana hasrat murni ini disambut
baik oleh Pak Long untuk berkongsi kemahirannya kepada para
pelajar kerana kebimbangannya terhadap seni warisan sangkar
burung yang semakin pudar dalam jiwa remaja . Namun sesuatu
yang menarik dalam seni membuat sangkar burung yang
dihasilkan oleh Pak Long ialah, lebih tertumpu membuat sangkar
burung hiasan.
Akhir-akhir ini Pak Long lebih cenderung untuk membuat
sangkar burung hiasan kerana baginya burung berhak untuk
terbang sebebas-bebasnya di alam yang luas ini seperti hadis
riwayat at At-Tirmidzi dan Ahmad :
menghasilkan sangkar burung sesuai dengan keupayaan mereka.
Kemahiran baru ini telah meninggalkan kesan yang mendalam
kepada adik Kohar dan Hamdan yang lebih fokus dalam
pekerjaan jika berbanding sebelum ini yang sering suka
mengganggu teman-teman mereka . Usaha murni pihak sekolah
“Jika kalian bertawakkal dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, membantu menambah kemahiran pelajar kurang upaya melalui
niscaya Allah akan memberikan rezeki kepada kalian, sebagaimana pembuatan sangkar burung dan kesudian Pak Long berkongsi
Dia telah memberi rezeki kepada burung yang berangkat
kemahiran dengan mereka menepati pantun berikut:
(pagi) dengan perut kosong, dan pulang dengan (perut)
Mari makan buah pulasan,
kenyang.” (H.r. At-Tirmidzi dan Ahmad).
Buat santapan di pagi hari,
Tolong menolong sesama insan,
Meneruskan kelangsungan legasi bapanya dalam seni
Mencapai
sepakat kemudian nanti.
pembuatan sangkar burung Encik Shuib bin Arof atau dikenali
sebagai Pak Long, ialah nama yang tidak asing lagi bagi penduduk
tempatan Pekan Darat , Permatang Tok Jaya , dalam seni warisan
zaman ini . Penglibatannya dalam membuat sangkar burung
seawal usia 20 tahun dan kini dalam usia 72 tahun beliau masih
gigih membuat sangkar burung secara separuh masa. Walaupun
membuat sangkar burung ini sekadar untuk mengisi masa lapang ,
tetapi beliau tidak `menang tangan’ untuk memenuhi permintaan
pelanggan yang kian bertambah lebih-lebih lagi dengan
kepelbagaian penggunaannya . Walau bagaimanapun kemahiran
Pak Long ini telah diwarisi oleh anak lelaki sulungnya Abdul Aziz
yang telah meneruskan kesinambungan usahanya di kampung
beliau tinggal . Pak Long sedar penglibatan anak lelakinya belum
memadai untuk terus menghidupkan aktiviti membuat sangkar
burung pada masa akan datang apatah lagi sangkar burung
hiasan , cucu-cucunya mungkin tidak menghargai langsung seni
warisan ini , jika tidak ada kesedaran dalam masyarakat untuk
menghidupkannya. Apatah lagi kesenian ini tidak segah
dibandingkan dengan seni pembuatan wau, gasing dan seni lain
yang tersohor sehingga ke peringkat antarabangsa .
Kemahiran Pak Long dalam membuat sangkar burung selama 50
tahun ini telah tidak dipersiakan oleh pihak sekolah. Kemahiran
yang beliau miliki telah dikongsi bersama-sama dengan pelajar
kurang upaya yang belajar di sekolah pendidikan khas SMK
Permatang Tok Jaya. Seni pembuatan sangkar burung yang
menjadi warisan zaman didapati merupakan satu bidang baru
yang boleh diceburi oleh pelajar kurang upaya ini sebagai sumber
pekerjaan pada masa akan datang.
Ibarat `orang mengantuk
disorong bantal’ , Pak Long yang memang bercita-cita untuk
berkongsi kemahirannya supaya tak lapuk ditelan zaman , telah
menunjuk-ajar pelajar-pelajar kurang upaya ini sehingga berjaya
Bak kata peribahasa,
orang berbudi kita berbahasa
,
keikhlasan Pak Long mengajar pelajar kurang upaya ini akhirnya
membuahkan hasil apabila pelajar-pelajar ini telah membantu
beliau tatkala Pak Long memerlukan bantuan untuk
menyiapkan sangkar burung yang ditempah oleh orang
perseorangan dan pemborong sangkar burung . Bertepatan
dengan hadis nabi
" Orang-orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti
struktur binaan yang saling menguatkan antara satu sama lain "
(HR. Muslim).
Tempahan yang semakin meningkat kerana keperluan sangkar
burung bukan hanya sebagai sangkar untuk memeliha Ʉ