Zainuddin Maidin
menitikberatkan kedangkalan
Najib Razak dalam mentadbir
negara, khususnya
menyentuh masalah sosial.
Adakah kerjasama
yang dijalinkan
benar-benar hanya
dari sudut ekonomi
dan keselamatan
ataupun mahu
menjual Malaysia
memandangkan
kecetekan dan
kedangkalan
Najib Razak dalam
memahami masalah
sosial yang berlaku
akibat kemurahan
hati kepada
warganegara asing
demi kepentingan
ekonomi.
oleh kerajaan meliputi stesyen
televisyen, akhbar arus perdana,
blog dan media sosial yang sudah
tentu berpihak kepada kerajan telah
berjaya menzahirkan rasa simpati
kepada Mahathir. Jika dilihat kepa-
da kupasan secara umum, naskah
ini dilihat sebagai cenderung dalam
menyokong perjuangan Tun Dr
Mahathir.
Serangan secara individu
juga dibuat kepada pemimpin Pas
tertumanya Tuan Presiden yang di-
anggap oleh penulis perlu berundur
segera bagi memartabatkan semula
imej PAS itu sendiri.
Penulis dilihat seperti
menyimpan dendam yang agak
lama kepada pemerintahan neg-
ara yang diterjemahkan didalam
beberapa bab dalam nashkah ini.
Bab berkenaan Tan Sri Muhyiddin
dipecat juga dilihat cenderung dan
bias kepada Muhyiddin itu sendiri
kerana penulis mempertahankan
kenyataan Muhyiddin yang dika-
takan buka mulut dan lantang
mengkritik partinya sendiri berke-
naan isu 1MDB.
Penulis juga pernah menja-
di
calon Barisan Nasional dan
jika dilhat kepada pengalaman
dan kesetiannya kepada kumpulan
Utusan dan UMNO itu sendiri, kita
mungkin akan merasakan sedikit
keliru kenapa beliau mengeluar-
kan kenyataan seperti terkandung
dalam buku ini.
Setiap bab dan perkataan
sentiasa diselitkan amarah yang ter-
pendam beliau kepada kepimpinan
Najib yang dilihatnya semakin
menyimpang dari visi asal penubu-
han UMNO.
Pelbagai persoalan boleh wujud jika
diamati dan ditelaah nashkah ini
dengan menggunakan mata hati.
Antaranya ialah dimana
hilangnya sumpah taat setia yang
berkiblatkan moto Bersatu,Ber-
setia,Berkhidmat? Adakah ada
agenda tersembunyi penulis bersa-
ma kepimpinan lama UMNO yang
kini beralih arah menubuhkan parti
‘Bunga Raya’ yang diketuai Tun M
itu sendiri.
Naskah yang amat sesuai di-
baca terutama remaja bagi menam-
bahkan ilmu berkenaan landskap
politik Malaysia serta jarak dengan
pilihanraya seterusnya adalah se-
makin hampir terutama bagi meya-
kinkan rakyat tentang kepincanagn
yang terdapat dalam kepimpinan
era Najib Razak.
SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA . 99