Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 98

Mengupas berkenaan beberapa bab yang difokuskan didalam naskah ini, ia bermula dengan tajuk mengkritik tentang penghapusan ISA. Mantan ketua hakim negara, Tun Abd Hamid Mohamad menyatakan bahawa penghapusan ISA bukanlah satu tindakan yang tepat dan wajar dan dianggap satu tindakan yang amat keterlaluan dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Penulis turut nyatakan rasa ketidakpuasan hatinya kepada Najib Razak yang dilihat semakin menambahkan masalah dalam keadaan bangsa dan agama yang tidak stabil. Perbuatan yang dilakukan Perdana Menteri dianggap seakan-akan mahu menyerahkan senjata kepada pihak lawan dan bukannya mahu meyelamatkan negara. Penulis turut lantang mengeluarkan pendapat beraninya tentang perdana menteri yang dilihat bersikap talam dua muka. “Bolehkan Najib Selamat Dengan Dasar Talam Dua Muka” ayatnya sahaja sudah menunjukkan betapa lantang penulisan Tan Sri Zainuddin dalam meluahkan pendapat dan rasa hatinya. Dalam bab ini membincangkan tentang tindakan Najib Razak yang menjalinkan kerjasama rapat dengan China. Penulis mengupas tajuk yang telah wujud sejak kedatangan orang cina ke Tanah Melayu. Adakah kerjasama yang dijalinkan benar-benar hanya dari sudut ekonomi dan keselamatan ataupun mahu menjual Malaysia memandangkan kecetekan dan kedangkalan Najib Razak dalam memahami masalah sosial yang berlaku akibat kemurahan hati kepada warganegara asing demi kepentingan ekonomi. “Magik Najib Boleh Lumpuhkan Pakatan Harapan.” Dalam bab ini suara berani yang dilontarkan oleh penulis menyatakan bahawa kajian rambang yang dilakukan mampu untuk melumpuhkan parti pimpinan yang dipegang oleh Najib Razak. Tayangan projek- projek bernilai jutaan ringgit tidak mampu menarik minat rakyat yang terpaksa membeli barang keperluan dengan harga yang tinggi. Pembangunan yang dilakukan oleh Najib dianggap tidak bermakna sekiranya rakyat masih hidup dalam keadaan sengsara. Walaubagaimanapun, Pakatan Harapan tidak boleh meletakkan parti mereka ditempat yang selesa kerana rakyat masih belum nampak lagi dimana kekuatan yang boleh dijanjikan oleh parti mereka. Kejayaan yang dilakukan oleh mantan-mantan perdana menteri membuatkan rakyat takut untuk memilih parti yang lain kerana gentar nasib mereka akan lebih teruk jika diperintah oleh pihak pembangkang yang tiada pengalaman dalam pemerintahan negara. Tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menganjurkan forum Nothing to Hide 2 adalah untuk memperke- cilkan Najib yang dianggap gentar untuk berhadapan dengan par- ti pembangkang. Umno dilihat menang dari segi publisiti namun dari segi kredibilitinya mendapat tentangan serta kritikan yang hebat dari pelbagai sudut. Pencemaran nama mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah tidak wajar sekali. Medium serta platform yang digunakan Pembahagian keputusan Pilihan Raya Umum 2013 98 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA