Sesi pengulungan Kolok-
ium Kritikan Media kali ke – 37
yang dibawa oleh moderator,
Dekan Fakulti Komunikasi Uni-
versiti HELP, Dr Khairuddin
Othman menyimpulkan bahawa
media Malaysia masih kurang
liputan akan isu-isu penting.
Masalah-masalah seperti pence-
maran alam sekitar masih tidak
dapat dikupas dengan mendalam
oleh pengamal media Malaysia.
Malah, isu harga perumahan yang
meningkat tidak dibincangkan se-
cara meluas dan mendalam.
Menurut Dr Khairuddin, organi-
sasi media Malaysia kedekut un-
tuk melabur bagi meningkatkan
mutu kerja mereka. Kebergan-
tungan terhadap agensi pembekal
berita seperti Reuters, AFP dan
Al Jazeera menjadikan pembing-
kaian berita dari sudut pandan-
gan Malaysia masih tidak dide-
pankan. Berita tergempar akan
pembunuhan beramai-ramai di
kem penyeludupan manusia di
sempadan Malaysia-Thailand ha-
nya mula dilaporkan oleh media
antarabangsa. Beliau juga men-
gulas akan ketidaksanggupan me-
dia Malaysia untuk melabur bagi
membuat laporan dari lokasi ke-
jadian ketika peperangan diantara
pihak militan dan askar Filipina di
Marawi.
Kepentingan
korporat
turut mengekang kebebasan me-
dia dalam penghasilan berita
yang objektif serta telus. Kepent-
ingan akan perlunya kewangan
yang kukuh menjadikan media
dikekang oleh pemegang saham
serta pengiklan. Berita-berita
yang menyentuh akan sensitiviti
sentiasa diawasi cara penulisann-
ya agar tidak mengguris hati pi-
hak yang sepatutnya.
Keghairahan dengan te-
knologi pemprosesan data telah
membutakan mata media akan
peri pentingnya jumlah serta
mutu pekerja yang menjadi peng-
umpul maklumat. Pihak universi-
ti perlu tahu aspek teknikal berita,
yang memerlukan keseimbangan
serta kualiti latihan agar latihan
para pelajar kewartawanan dapat
dipertingkatkan. Ini perlu bagi
memastikan rakyat sebagai audi-
SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA . 9