Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 8

KOLOKIUM KRITIKAN MEDIA KE-37 KOMUNIKASI MALAYSIA: KATAK DI BAWAH TEMPURUNG?

Mana hala tuju media Malaysia?

KOLOKIUM

Media negara kita tidak mahu berkembang ke peringkat antarabangsa? Media kita sudah selesa disuap oleh agensi berita luar negara? Atau media kita tidak mampu berdiri sama gah dengan syarikat berita serantau? Persoalan inilah yang menjentik pemikiran pengamal media serta rakyat Malaysia terhadap status media negara kita. Justeru, Kolokium Kritikan Media kali ke-37 ini akan mengupas serta membahas setiap perkara yang berkaitan dengan masa hadapan media Malaysia.

Kolokium yang berlangsung pada 18 November lalu dibawah tajuk‘ Komunikasi Malaysia: Katak di Bawah Tempurung?’ ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang landskap media kita pada hari ini. Walaupun tajuk Kolokium kali ini tampak provokatif, tetapi matlamat yang ingin dicapai ialah memberi gambaran jelas serta membincangakan langkah-langakah yang perlu diterajui oleh pelbagai pihak dalam memacu masa depan media kita untuk kekal relevan.
Pentas ilmu ini merupakan projek akhir bagi pelajar kewartawanan semester lima dan telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media( FKPM), Prof. Dr. Azizul Halim Yahya. Barisan panel dari pengamal media, pihak berkuasa dan ahli akademik telah dipanggil untuk mengupas setiap lapisan persoalan tentang topik ini.
Media Malaysia yang dikatakan terlalu bersifat statik dan kurangnya pembingkaian berita dari segi sudut pandang Malaysia menjadi isu utama pembincangan bagi Kolokium kali ini.
8. SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA