Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 77

K arya Datuk Syed Ahmad Jamal yang begitu mendalam dan kreatif ini bukan sahaja dikenali dan digemari golongan tempatan, bahkan hasil beliau juga dikenali di peringkat antarabangsa. Keunikan hasil karya seni beliau telah mendapat penghargaan serta pujian dari dalam dan luar negara. Tema yang diangkat dalam karya beliau adalah abstrak dan ekspressnisme kerana beliau berpendapat bahawa melalui sentuhan ekspresionisme dan abstrak dalam lukisan, beliau dapat membawa mesej yang halus dan mendalam kepada individu. Datuk Syed Ahmad Jamal telah banyak memberi sumbangan terhadap seni Malaysia dari segi ajarannya, penceritaan dalam penulisannya dan peranan sebagai kurator seni, khidmat beliau sebagai ahli lembaga dan ahli jawatankuasa organisasi berkaitan seni, terutamanya di BLSN. Atas sumbangannya yang tinggi, Datuk Syed Ahmad Jamal telah dianugerahkan Anugerah Seni Kebangsaan pada tahun 1995 oleh kerajaan sebagai tanda menghargai dan menghormat beliau sebagai artis negara. Beliau juga merupakan satu-satunya pelukis negara yang menerima penganugerahan ini. Pada tahun 2011, negara telah kehilangan sebutir permata apabila Datuk Syed Ahmad Jamal telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 82 tahun. Beliau tetap dikenang melalui karya–karya seni yang mempunyai maksud-maksud yang tersendiri. Jika dikaji, Syed Ahmad Syed Jamil sering kali menggunakan warna- warna garang, terang dan jelas yang jelas mempamerkan nilai tegas, garang dan keberanian. Unsur-unsur ini berada dalam majoriti lukisan abstrak beliau yang menunjukkan ketegasan, konsentrasi dan konsistensi beliau dalam mencurahkan idea dan mesej menerusi lukisan beliau. SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA . 77