Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 76

SANTAI Balai Seni Lukis Negara Teks oleh Nadhirah Sofea Rashid B alai Seni Visual Negara atau kini diberi nama baru iaitu Balai Seni Lukis Negara telah ditubuhkan sejak tahun 1958. Ia mula ditubuhkan selepas negara mendapat kemerdekaan daripada penjajahan British melalui Akta 516, National Art Gallery Act 1959. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong telah memberi perintah atau ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1959. Pembukaan secara rasmi Balai Seni Lukis Negara (BLSN) telah disempurnakan oleh Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al- Haj dan telah disertai oleh sebuah pameran buat julung- julung kalinya di Dewan Tunku Abdul Rahman serta telah menempatkan pelukis-pelukis dari serata dunia. Berkumpulnya seluruh pelukis tanah air telah membangkit dan menjadi pembakar semangat kesepakatan dan perpaduan masyarakat melalui karya-karya mereka. Penubuhan BLSN merupakan satu penganugerahan dan pengiktirafan kepada pelukis-pelukis tanah air sebagai tanda penghargaan kepada karya-karya hebat mereka. Bagi mengangkat martabat karya-karya seni negara, BLSN telah terbentuk dengan empat 76 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA objektif iaitu; untuk memperoleh hasil karya sebagai Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara yang mencerminkan kreativiti dan aspirasi seni budaya, memulihara, memelihara, mendokumentasi dan menyelidik Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara dan pensejarahan seni negara, mempromosi dan meningkatkan mutu seni visual negara dengan menganjurkan pameran, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni dalam dan luar negara. Tidak boleh disangkal lagi, jika disebut mengenai seni lukis Malaysia, Datuk Syed Ahmad Jamal adalah yang paling sinonim sekali. Beliau mula mempelopori bidang seni ini sejak dari bangku sekolah lagi dan beliau merupakan antara tokoh seni yang paling berjaya di Malaysia. Bukan sahaja tokoh dalam bidang seni, beliau juga mempunyai ketokohan dalam bidang seperti pelukis, penulis, pendidik dan pemimpin seni. Sikap disiplin yang tinggi dan semangat yang membakar dalam diri merupakan antara sebab beliau berjaya mendapatkan sumber idea untuk melahirkan sebuah karya yang abstrak dan mempunyai makna yang tinggi. Beliau yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana dalam Seni Lukis dan Estika Melayu sering dijadikan sumber rujukan oleh pelbagai individu daripada pelbagai latar belakang.