Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 74

Keterbukaan Abdul Rahim Kajai menolak pengaruh luar berjaya membangkitkan semangat perjuangan menolak pengaruh asing dalam kalangan orang Melayu. Beliau juga lantang membangkang sifat orang Melayu yang baginya hanya ‘kasih bangsa pada lidah saja’. Rencana Pengarang dalam akhbar Majlis membantu bangsa Melayu yang masih tercari-cari arah tuju perjuangan. sedia memberikan khidmat secara percuma. Dalam tulisannya yang lain, beliau terang-terangan men- yalahkan pemimpin Melayu yang terlalu patuh pada adat sehinggakan menjatuhkan ekonomi orang Me- layu. Misalnya, syarikat kerjasama dikatakan sebagai ‘kumpulan men- derhaka dan melawan adat raja’ dan mereka yang ingin berjimat dari berboros dalam perbelanjaan perk- ahwinan dikatakan telah melanggar agama dan adat negeri. Ketokohan Abdul Rahim Kajai dalam bidang kewartawanan dibuktikan dengan pimpinannya sebagai ketua pengarang Majlis, menyaksikan ketegasan beliau da- lam mengkritik sistem kemasukan pendatang asing ke Tanah Melayu ketika itu. Selain itu, beliau bergerak aktif membincangkan isu- isu politik dan ekonomi Tanah Me- layu ketika itu melalui tulisannya yang lantang serta kritis memper- tahankan kedaulatan dan kekua- saan orang Melayu di bumi sendiri. 74 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA Hasil tulisan beliau berjaya meran- sang segelintir masyarakat ketika itu yang merasakan tercabar den- gan kehadiran orang-orang Cina dan India, yang akan meragut keis- timewaan kaum Melayu pada masa itu. Tidak cukup dengan itu, Abdul Rahim Kajai turut meneliti karenah orang Melayu yang berselisih faham antara Kaum Tua dan Kaum Muda yang baginya harus disingkirkan agar proses perpaduan orang Me- layu dapat diteruskan dengan sem- purna. Dengan kesungguhan ser- ta kegelinjangan semangat beli- au menzahirkan pendapat secara lantang dan tegas dapat mengajak masyarakat ketika itu untuk tetap berfikir demi kepesatan politik dan ekonomi orang Melayu sendiri. Dan itulah sumbangan besar Abdul Ra- him Kajai dalam menyemarakkan dunia kewartawanan Tanah Melayu dengan menjadi pemerhati serta penegur kepada segala aktiviti mas- yarakat ketika itu demi menjaga ke- maslahatan semua.