Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 73

“... sudah membawa nasib kita semakin buruk, pergaulan rosak, harta pun hanyut, kasih sayang sudah jadi terbang melayang. Saudara dengan saudara bertegang dan anak dengan bapa renggang sehingga tidak disadari kita telah merosakkan jiwa bangsa kita sendiri ….. Rasanya sudah wajib bagi kaum kita membuang asal sebab memperenggangkan kita antara satu sama lain”

Itulah ungkapan kata Abdul Rahim Haji Salim, atau lebih dikenali dengan nama Abdul Rahim Kajai. Terkenal sebagai Bapa Kewartawanan Melayu Moden, beliau dilihat sebagai sebuah figura yang berjaya membuka ruang diskusi dalam ruangan akhbar sekaligus, mengangkat serta memupuk pemikiran bernas dalam masyarakat Melayu.

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, pada 1894, Rahim Kajai menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Setapak sebelum diberi peluang melanjutkan pelajaran ke sebuah sekolah Inggeris. Namun ibu bapa beliau membuat keputusan untuk menghantarnya ke Mekah bagi menguasai ilmu keagamaan dan Bahasa Arab dari 1906 sehingga 1909. Sekembalinya beliau dari Mekah, Abdul Rahim Kajai berkerja sebagai pengatur huruf di Pejabat Cap Kerajaan di Kuala Lumpur dan di sebuah syarikat percetakan di Singapura.
Abdul Rahim Kajai mula menulis pada tahun 1917 untuk Utusan Melayu dan Lembaga Melayu dan kemudiannya pada 1924, beliau bertugas sebagai wakil wartawan di Mekah bagi akhbar Utusan Zaman yang diterbitkan di Pulau Pinang. Beliau dikhabarkan menjadi antara wartawan pertama dari Tanah Melayu yang melaporkan berita luar ke tanah air, seperti koresponden berita kini hari.
Pulangnya dari Mekah, beliau dilantik sebagai penulis khas bagi akhbar Saudara yang diterbitkan di Pulau Pinang. Setelah perletakan jawatan di akhbar Saudara, beliau memimpin akhbar Majlis, yang menyaksikan tugas beliau sebagai ketua pengarang, pemberita dan pentahsih pada tahun 1931. Majlis ialah sebuah akhbar yang diterbitkan dua kali seminggu oleh Selangor Press dalam tulisan jawi. Akhbar yang membawa slogan‘ Perkhabaran, Persatuan, Fikiran, Perniagaan Melayu’ itu menjadi wadah bagi Abdul Rahim Kajai untuk menzahirkan semangat kemelayuaannya dengan mencorakkan halatuju Majlis sebagai sebuah akhbar kebangsaan.
“ Kalimah‘ Melayu’ ….. Ia itu kalimah bangsa kita yang utama sekali yang boleh mempersatukan anggota kita di dalam semenanjung ini dan kalimah‘ Melayu’ itulah kelak yang akan memperkokohkan pendirian kita di dalam golongan siasah dan ekonomi Negara kita dan dengan lain-lain perkataan bahawa dengan ketunggalan kalimah‘ Melayu’ itulah kita akan mempersisihkan bangsa asing yang datang berketurunan ke negeri kita ini dan dengannyalah kelak kita serta mempertahankan dia.”
Melalui sebuah tulisan Md.
Salleh Md. Gaus, beliau menceritakan keinginan Abdul Rahim Kajai untuk mengekalkan kuasa Melayu dalam memakmurkan politik serta ekonomi Tanah Melayu pada ketika itu, yang sudah dibanjiri kehadiran pendatang dari China dan India. Baginya, semangat perpaduan orang Melayu harus dipupuk dan sebagai seorang yang mahir dengan selok belok bahasa, beliau menghasilkan rencana muka depan bagi keluaran pertama Majlis yang bertajuk‘ Melayu’ yang dengan tegasnya menyentuh akan perihal kebangkitan Melayu melawan pendatang pada ketika itu.
Sungguhpun kerasnya Abdul Rahim Kajai menentang penguasaan orang-orang Cina dan India dalam politik dan ekonomi Tanah Melayu, beliau juga lantang membangkang sifat orang Melayu yang baginya hanya‘ kasih bangsa pada lidah saja’.
Dalam sebuah rencana pengarang bertajuk“ Seruan Kita: Hidupkanlah Perusahaan Bangsa Kita” disiarkan dalam Majlis, beliau mengulas akan keengganan orang Melayu untuk membantu perkembangan ekonomi bangsanya sendiri. Ini boleh diperhatikan melalui perangai pesawah Melayu yang lebih mem untuk menghalau penyakit tanaman daripada mendapatkan nasihat serta pandangan pegawai pertanian yang
SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA. 73