Adam Smith
Bapa Ekonomi Moden
modal iaitu emas dan perak yang
menjadi penguasa ekonomi. Dalam
hal berikut, pemerintah negara
perlu meningkatkan eksport dan
mengurangkan import supaya nilai
bersih pendapatan negara akan
menjadi lebih positif.
Adam Smith membantah
keras konsep dasar merkantilisme
kerana tiadakan pihak kerajaan
mengawal koloni. Beliau percaya
bahawa tindakan tersebut akan
menambahkan beban negara induk
dengan pelbagai masalah kewangan
yang akan dihadapi.
Kritikan tersebut ditujukan
untuk Syarikat Hindia Timur
Inggeris (SHTI) kerana beliau
merasakan
tindakan
syarikat
tersebut merugikan kerana mereka
terpaksa
menanggung
segala
masalah ekonomi yang dihadapi
oleh koloni mereka.
Adam Smith berpandangan
bahawa
konsep
perdangan
bebas dapat meluaskan pasaran
dan
pengkhususan
pekerjaan.
Perkembangan
tersebut
akan
menyebabkan lebihan hasil yang
dapat dipasarkan ke luar negara.
Perdagangan bebas yang
berlaku akan mengurangkan
kos pengeluaran seterusnya
akan menyebabkan pengaliran
modal ke sektor yang lebih
produktif. Peniaga dan pembeli
dapat memperolehi keuntungan
bersama melalui import dan
eksport barangan. Kekayaan
sebuah negara dinilai dengan
jumlah
pengeluaran
dan
perdagangan.