TOKOH
ADAM SMITH
Digelar Bapa Ekonomi Moden kerana mengetengahkan konsep dan
teori ekonomi pasaran bebas yang diguna pakai hingga ke hari ini
A
dam Smith merupakan
pakar ekonomi dah
ahli falsafah dunia
yang terkenal. Beliau
dilahirkan di Kirkcaldy, Scotland
pada tahun 1723. Ketika umurnya
14 tahun, Adam Smith melanjutkan
pelajarannya dalam bidang falsafah
moral di Universiti Glasgow. Pada
tahun 1740, beliau melanjutkan
pelajaran ke Kolej Balliol di
Universiti Oxford.
Pada tahun 1752, beliau
dianugerahkan gelaran profesor
manakala pada tahun 1762 pula
belia telah mendapat gelaran Doktor
Undang-Undang di Universiti
Glasgow. Beliau juga
memegang
jawatan
Oleh Farah Dinah Hassan
Rektor di Universiti Glasgow dan
banyak menghabiskan masa beliau
dengan mengajar dan menghasilkan
karya-karya yang berkaitan dengan
falsafah dan ekonomi.
Pada abad ke 18, berlakunya
Revolusi
Perindustrian
yang
menyebabkan munculnya ramai
ahli ekonomi dan falsafah di
England mengetengahkan idea-
idea bagi menyelesaikan pelbagai
masalah ekonomi yang melanda.
Adam
Smith
tidak
terkecuali
dalam
memberi
sumbangan melalui karya-karya
beliau yang terkenal seperti The
Theory of Moral Sentiments (1759)
dan The Wealth of Nations (1776).
Karya The Wealth of
Nations (1776) merupakan buku
pertama yang memaparkan sejarah
perkembangan industri dan dasar-
dasar perdagangan bebas dan
kapitalisme di Eropah.
Oleh itu, beliau dikenali
sebagai bapa ekonomi moden
kerana memperkenalkan sistem
ekonomi pasaran bebas. Teori-teori
dan doktrin yang diketengahkan
beliau masih digunapakai hingga
ke hari ini.
Membantah Dasar
Merkantilisme
Merkantilisme merupakan
teori ekonomi yang menyatakan
kesejahteraan negara diperoleh
dengan menentukan jumlah
Buku The Wealth of
Nation,
buku yang
berkisahkan tentang
bagaimana untuk
mengurus sistem
ekonomi moden