Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 44

serta kecekalan yang ada pada bangsa Belanda itu sendiri .
Selepas 63 tahun kejatuhan pelabuhan pertama di Belanda ; pelabuhan Antswerp , Amsterdam perlahan-lahan mengorak langkah dalam membangunkan struktur pelabuhannya sendiri . Empayar pelabuhan yang sememangnya telah membawa kejayaan yang luar biasa kepada Belanda telah menjadikannya sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal di Eropah menumpaskan kuasa besar lain seperti Portugis dan Sepanyol .
Menurut sebuah tulisan bebas yang menceritakan tentang sejarah kejayaan Belanda membina perdagangan dunia , bermula sebagai pusat pengumpulan Komoditi sekitar abad ke-17 , Amsterdam turut menyediakan sistem perkhidmatan kewangan dan juga insurans . Melalui perkhidmatan ini , pelabuhan Amsterdam terus berkembang pesat . Hal ini disebabkan perubahan sistem kewangan yang dibawa Belanda di pelabuhan tersebut bukan sahaja membantu dari segi kadar bunga yang rendah malah meningkatkan lagi kemahiran para pedagang di Amsterdam tentang ilmu dunia laut yang lebih maju .
Namun , untuk mengemudi pergerakan tukaran wang bagi pertukaran bayaran , pihak Belanda telah mewujudkan sebuah institusi kewangan yang sangat penting di Holland , iaitu Bank Pinjaman , Amsterdam Wisselbank ( Exchange Bank ). Bank ini merupakan bank awam utama Eropah untuk suatu jangka masa yang sangat lama , suatu ketika dahulu .
Selain perkembangan institusi kewangan , Amsterdam turut menyediakan perkhidmatan membaiki kapal-kapal besar yang telah belayar jauh dan juga menambah gudang-gudang penyimpanan akibat limpahan jumlah pedagang yang datang ke Amsterdam sekitar abad tersebut . Pelabuhan Amsterdam turut mengalami proses menambah kedalaman bagi memudahkan kapalkapal besar untuk berlabuh .
Keperluan-keperluan asas yang disediakan Belanda di pelabuhan Amsterdam termasuk kemudahan insurans menjadi faktor kejayaan pelabuhan ini sebagai lubuk niaga bagi pedagang-pedagang dari seluruh dunia untuk berlabuh dan seterusnya menjalankan aktiviti perdagangan yang bertaraf dunia .
Walau bagaimanapun , perkembangan Amsterdam sebagai pelabuhan besar dunia tidak hanya disebabkan oleh faktor-faktor yang dinyatakan sebelum ini . Menerusi penulisan bebas berkenaan sejarah kejayaan Belanda membina perdagangan dunia , turut dinyatakan bahawa kejayaan Amsterdam turut disumbang melalui penubuhan dua buah firma besar iaitu The West India Company ( WIC ) dan firma kedua , The United Dutch East India Company ( VOC ).
Pembangunan firma-firma ini merupakan hasil pelaburan golongan elit di Belanda . Kekayaan yang mereka miliki membolehkan mereka untuk membina syarikat sendiri . Maka oleh itu terhasilnya syarikat WIC dan juga VOC .
44 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA