Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 43

SEJARAH Foto - Planet Minecraft EMPAYAR DAGANGAN SILAM K ewujudan Amster- dam sebagai sebuah empayar pelabuhan yang gemilang seki- tar abad ke-16 dan ke-17, suatu ketika dahulu telah menjadi bukti sebenar kejayaan kuasa Belanda dalam memonopo- li sistem perdagangan dunia. Pembukaan pelabuhan Amsterdam merupakan soro- tan daripada keruntuhan pela- buhan-pelabuhan lama yang wujud di Eropah sekitar abad ke-13 dan abad ke-14. Antara pelabuhan yang pernah men- jadi lubuk pedagang-pedagang Oleh: Nurul Zarifah Zulkifli luar untuk melakukan aktiviti perdagangan adalah pelabu- han Venice, Genoa dan Lisbon. Namun, ekoran rapuhn- ya struktur pentadbiran pela- buhan-pelabuhan besar ini, Belanda mengambil keputusan untuk membuka pelabuhan sendiri dan usaha ini mem- bawa kepada pembukaan dua pelabuhan penting di Belanda iaitu pelabuhan Antswerp dan juga pelabuhan Amsterdam. Sifat negara Belanda se- belum berkembang menjadi se- buah kuasa laut yang digeruni seantero dunia ada terkarang dalam buku Dutch Primacy in World Trade 1585-1740, ka- rangan Jonathan Irvine Isra- el, seorang professor sejarah Eropah Moden School of His- torical Studies di Institute for Advanced Study, New Jersey, Jonathan Israel men- jelaskan bahawa Belanda, pada awalnya merupakan sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk yang sangat kecil dan tidak memiliki apa-apa sum- ber asli sendiri. Namun, masih mampu menjadi sebuah kuasa yang menakluki dunia perda- gangan, hasil daripada usaha SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA . 43