Sasaran 74th Edition SASARAN EDISI 74 (20FEB18) | Page 106

Seni persembahan Melayu diangkat sebagai salah tema dalam filem ini. Filem ini turut disenarai untuk ke Academy Awards yang ke 85. Dalam babak ini kita dapat menilai personaliti, serta periuk nasi kedua beradik, Ilham dan Adil. Adil dan Ilham, keduanya membawa diri jauh dari tempat asal mereka kerana jauh hati. Adil yang tersisih oleh bapanya, Pok Eng selama 20 tahun dan Ilham yang merantau jauh hingga ke Marseille, Perancis bekerja di atas kapal. Adil, seorang petinju haram yang dikenali dengan nama pentas Bunga Lalang dan abang tirinya, Ilham seorang pembunuh upahan penuh misteri dan estetika. Ilham membunuh mangsa menggunakan lawi ayam, senjata tempur jarak dekat yang kecil dan mudah disembunyikan. Segala-galanya tidak bermakna buat Ilham, nyawa manusia jadi mata pencariannya. Kejahatan yang Kejahatan yang dilakukan manusia kadangkala diperlihatkan keji, namun punya nawaitu atau makna tersendiri disebalik kebejatan moral tersebut. dilakukan manusia kadangkala diperlihatkan keji, namun pun- ya nawaitu atau makna tersendiri disebalik kebejatan moral terse- but. Semuanya mudah buat Ilham, sebelum dia bertemu dengan titik peralihan dalam cerita ini. Bakar, seorang bekas guru, abang kepada Adil. Dikhabarkan pulang ke kampung halaman, Buno- han buat menjaga bapa yang sema- kin hari semakin uzur. Bakar bertelagah dengan bapanya, dek perebutan tanah seluas 30 ekar. 106 . SASARAN JURNAL KRITIKAN MEDIA