BAYANG II
Senyap merambat sepi
Sepi membungkam rindu
Aku tak ingin sedar lagi
Kerana bayangmu yang berujung tiba
Aku tak ingin bertanya lagi
Meski purnama
Menjeling tajam bayangmu
Terlalu lama menetap mimpi
Menunggu tiba yang tak menjelma
Lama dan asyik
Bergelut antara sepi dan rindu
Berkocak kocak beraduk rasa
Lalu berserakan di ruang mimpi
Langit sudah memanggil
Angin juga mendesir
Guruh mula bergemuruh
Biarkan aku menyatu dalam gerimis
Jangan enggan mendekat
Rengkuh nafasku sebelum nyala lilin mati
Sebelum wangi meninggalkan tubuh ini
Caramell
20
25