KESUMAT BONEKA
Gerak geriku menari lemah
dimainkan rancak oleh jari tuanku
taliku mula rapuh dimakan hari
rupaku calar dicampak ke sana sini
paku dipasang terkeluar berdiri
Aku tidak seperti dulu
inginku bebas, kudratku kuat
inginku tunduk, lemahku jatuh
aku diganti baru
aku hilang dibalik sunyi
Aku boneka tua
diriku kini bebas
tuanku lepas janjinya
aku dicampak ke almari sunyi
sepiku dalam gerak
hadirku dalam geri
diam seribu bahasa
Aku terduduk kaku
senyum gembira
tuanku mati dibunuh aku
kini tuanku bebas
meraikan tikaman paku sejukku.
-Ahmad Mikhail S.W
Taman Rinting, Masai
30 Ogos 2017
12