KEMBARA KETENANGAN
|Monolog Kembara
Menapak dalam kelam, satu persatu langkah aku hitung. Terdengar detak waktu yang berlalu,
sangat perlahan. Berseorangan, tanpa teman. Bayangku sendiri juga tidak sudi berdamping
bersama. Apa yang masih ada? Cuma sisa-sisa kenangan yang menjengah disimpang jalan
bersama pita video mengulangkan kembali dosa-dosa kelmarin. Disetiap simpang itu, hati ini
terkoyak rabak hingga aku merasa seperti dimatikan, lalu dihidupkan semula dengan keadaan
hati yang bercerai-berai, ku kutip satu persatu mencantumkan kembali, dengan keadaan sedar
akan bahawa ianya akan terjadi lagi kerana hidup ini sentiasa ada persimpangan.
Namun, langkah tetap ku atur tanpa lelah, tanpa jemu. Wajah yang basah dengan airmata, kini
semakin kering dimamah bayu. Hati yang luka parah, kini makin keras dan jitu. Kembara ini
takkan pernah berakhir selagi nyawa tidak bercerai dengan jasadnya. Makin lama, kesuraman
dan kegelapan itu telah hilang ditelan waktu. Aku nampak dipenghujung sana ada sinaran
cahaya menanti. Langkah aku teruskan, walau ketika itu yang ada cuma secebis kekuatan.
Kali ini aku tiba dipersimpangan, tetapi tiada lagi sisa kenangan mahupun himpitan dosa-dosa
silam. Simpang ini hanya menunjukkan taman-taman dan ketenangan. Aku pilih ketenangan.
Langkah terus diatur. Dalam mencari ketenangan yang hakiki, tidak semudah yang disangka.
Dalam kegelapan yang diharungi, kita sebenarnya tidak pernah sendiri. Dia sentiasa memer-
hati.
Mengapa tidak memilih taman-taman? Kerana yang menjaminkan kecantikan itu hanyalah
sementara cuma. Tiada apa yang kekal melainkan dengan izinnya. Dan bagiku, kecantikan
tidak bisa membawa ketenangan. Biarlah jalan yang dilalui penuh liku, kerana aku yakin
diakhir nanti ketenangan akan aku temu.
KEMBARA KETENANGAN
26072017
Wanda Alwani
Telegram.me/penaberduri
03