|Monolog Kembara
Syukur aku pulang ke New Delhi dengan seribu kenangan manis yang tidak dapat aku
lupakan. New Delhi, Agra, Jaipur, Shimla, Manali, Chandigarh, Chittorgarh, Jammu Kashmir,
Srinagar dan Gulmarg. Keindahan tempatnya diserikan dengan pelbagai ragam manusia
setempat.
Kebudayaan dan kesenian tempatan yang luar biasa menjadikan India sebagai lokasi penjela-
jahan yang tidak pernah jemu. Mereka mempunyai potensi luarbiasa, manusia yang pelbagai
budaya dan kepercayaan.
Melawat India memerlukan hati yang tenang dan positif sebelum merumuskan apakah yang
terjadi di sana. Kotor, bersih, jahat, dan baik adalah perkara lumrah di sebuah dunia yang kita
tidak ketahui.
Mengembaralah dan melihat persepsi kehidupan dari sudut yang berbeza. Adakah warna kulit
menjadikan kamu lebih mulia, adakah nilai wang menjadikan kamu lebih dibanggakan, atau
kamu akan jadi manusia immortal, dimana tubuh kamu tidak akan mereput di dalam tanah
satu hari nanti.
Belajarlah dari ketamadunan kemanusiaan itu sendiri, adakah setiap tamadun itu kekal? Dan
apakah yang menjadikan suatu tamadun itu musnah, adakah alien datang menjajah??? Atau
sebenarnya ia dari diri manusia itu sendiri? Segala jawapan itu ada di dalam setiap manusia,
hanya manusia itu menafikannya kerana nilai-nilai kehidupan itu diukur dari emas dan
permata.
oleh : s.t