|Monolog Kembara
PERSEPSI KEHIDUPAN
Seharian aku menghabiskan masa di Gulmarg, sempat berkenalan dengan beberapa pemuda
yang menjadi jurulatih ski, menikmati Kashmiri tea dikaki gunung. Aku rasa seperti rugi
menghabiskan masa hanya sehari disini, aku patut mohon cuti lebih lama lagi.
Aku juga menyimpan hasrat untuk ke Leh Ladakh, ke Kargil dan Pagong Lake satu hari nanti
dan pasti menghabiskan masa mencari ilham lebih lama disini. :)
Aku tiba di Dal Lake lebih kurang jam tujuh petang. Aku terus mengupah shikara bot untuk
membawa aku meronda-ronda Dal Lake menikmati waktu senja serta berborak-borak dengan
pengunjung bot lain yang aku temui sepanjang masa bersiar-siar.
Walaupun aku dipujuk rayu oleh penjual dan pemandu bot untuk turun dari bot melihat
bot-bot lain yang menjual pelbagai barangan, aku tetap berkeras untuk tidak turun dan
menikmati pemandangan sahaja. Badan yang letih dan cuaca yang sejuk menyebabkan aku
hanya ingin berehat diatas shikara bot dan menikmati pemandangan sahaja sebelum tiba di
Ambassador Houseboat untuk berehat. Perjalanan diteruskan sambil aku menikmati bintang-
bintang yang bertaburan di langit Dal Lake.
Tidur aku nyenyak tanpa sebarang mimpi ngeri dan disertai perut yang kenyang menikmati
masakan tradisi Kashmiri antara sebab mengapa aku rasa berat hati untuk meninggalkan Dal
Lake.
Sebuah penempatan yang pernah dilanda banjir besar hingga tenggelam sebahagian besar
bandar ini, melumpuhkan sistem perhubungan darat dan udara, menjejaskan pendapatan
penduduk tempatan yang rata-ratanya petani dan di dalam bidang pelancongan. Namun
mereka tetap tabah menghadapi setiap dugaan yang ditempuh, belum lagi perihal politik dan
keganasan yang sering dicanang media masa mengusutkan lagi keadaan disini.