Rumah Buku e-zine VOL DUA BELAS | Page 6

EditOr bercakap...
Salam Sejahtera buat kamu dan keluarga kamu, semoga sentiasa di dalam lindungan Tuhan. L a k a r:
Lakar atau dalam bahasa inggeris‘ sketch’ adalah satu perlakuan yang belum sempurna. Sama seperti dalam kehidupan seharian, kita sentiasa melakar dalam kehidupan untuk membentuk kemajuan atau ada sebahagian manusia menganggap sebagai kesempurnaan di masa hadapan.
Kita wajib melakar sesuatu sekarang sebelum ianya menjadi seperti yang diinginkan. Sama seperti seorang penulis atau pelukis, mereka perlu melakar karya awalnya di atas buku lakaran atau apa sahaja media sebelum ianya disempurnakan mengikut kehendak hati.
Adakah lakaran perlu sempurna? adakah lakaran akan membentuk kesempurnaan karya pada masa hadapan? Adakah tindakan anda sekarang( lakar) membentuk anda di masa hadapan?. Persoalan yang hanya sering dititikberatkan dalam pendidikan semasa. Tiada sesiapa pun dapat membaca apa yang akan berlaku di masa hadapan. Namun lakaran amat penting supaya kita tidak tergelincir dari setiap tujuan lakaran.
Melakarlah apa sahaja yang anda inginkan, walaupun kadang kala ia tidak dapat disempurnakan seperti yang dilakar, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dari lakaran itu membentuk diri kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan.
Semoga anda mendapat manafaat dari himpunan‘ lakaran’ saya yang kebanyakan ditulis sewaktu melihat lakaran kehidupan di sekeliling. Walaupun idea asal adalah untuk dijadikan sebuah buku atau zine untuk dijual, namun mungkin kerana perjalanan e-zine RB ini masih dalam teka-teki, maka saya akan kongsikan kesemuanya buat anda nikmati.
Adakah anda sedang melakar sesuatu?
Nota:- Mohon viralkan ya! setiap edisi e-zine dari RB, sebab ia adalah PERCUMA:)