PAPAN KEKUNCI
Hidup umpama papan kekunci. Setiap punat mewakili aksara tertentu untuk bersambung
menjadi satu diksi untuk difahami manusia dalam pelbagai bahasa. Setiap aksara perlu
ditekan untuk menghasilkan sesuatu di skrin paparan.
Tanpa usaha untuk menekan setiap punat maka tiada diksi akan terhasil. Tiada satu pun
akan dapat difahami oleh manusia sejagat. Setiap punat di papan kekunci juga
mempunyai saiz-saiz yang berbeza. Saiz mewakili setiap tahap kepentingan dan
kemudahan si penekan punat. Saiz keseluruhan papan kekunci merupakan dunia si
penekan punat.
Sama ada ia menjadikan si penekan punat selesa atau merimaskan dalam jangka masa
tertentu. Papan kekunci nampak mudah tapi selalu diabaikan, ia jarang dibersihkan dibelek
setiap fungsinya malah ada punat yang langsung tidak pernah disentuh. Adakah punat itu
tidak berguna untuk si penekan atau ia sekadar hiasan di dalam dunia si penekan. Mungkin
juga ia hanya akan digunakan apabila diperlukan dalam situasi tertentu.
Begitulah halnya dunia papan kekunci. Sama ada kita sedar atau tidak masih banyak
punat-punat dalam dunia papan kekunci yang kita abaikan dan tanpa punat-punat ini ia
tidak a kan dapat membentuk apa yang diingini dan difahami oleh manusia sejagat.
Punat-punat ini perlu ditekan untuk menyampaikan maksud tertentu. Sama seperti kata-
kata tanpa usaha ia akan hanya menjadi kata-kata tanpa ada pengamalnya.
52