KATA-KATA INDAH
Saat aku disapa anak kecil yang baru berumur enam tahun selepas bangun tidur dengan
soalan, "kenapa macam ni?", jawab aku "macam mana tu"?. Dia diam seketika sebelum
menyambung "kenapa macam nak nangis"?.
Tersenyum aku sambil berfikir anak ini matang sebelum usianya, meneka perasaan dengan
sangat peka walaupun sebenarnya aku masih mamai baru bangun tidur.
Aku pun melafazkan betapa aku merinduinya dan dia membalasnya dengan intonasi
manja seperti selalunya.
Bahagia bukan hidupku! Apalah lagi yang aku perlukan, cukuplah kata-kata indah.
49