HELLO!...HELLO!...
"Hello!..hello!!"... wanita separuh umur itu terpekik-pekik sambil memegang telefon bimbit.
Sama ada kurang pendengaran atau suasana di tepi jalan agak bingit. Pekikan itu
mengundang perhatian semua yang berada di susur jalan itu. Tanpa mengendahkan
segala perhatian yang diterimanya dia terus memekik "hell0, hello".
Selepas hampir lima minit terpekik-pekik wanita separuh umur itu melihat telefon bimbitnya
dengan perasaan hampa dan berkata, "ermm bateri habis rupanya". Dia pun berlalu pergi
sambil membawa payung merah yang dikepit di bawah ketiaknya. Dan susur jalan itu
kembali tenang tanpa pekikan Hello!
48