| kisah seni- wajah
merupakan pengalaman manis. Dani tentunya pameran solo aku,“ Unplugged by johari Ibrahim / Balai Seni Visual Negara” itulah yang paling manis. Beberapa keping lukisanku terjual. Ramai sahabat sahabat yang hadir pada hari perasmian pameran soloku. Hingga penuh ruang pameran pada hari perasmian itu.
3. Selain dari melukis apakah lagi kegiatan seni yang abang lakukan?
Selain melukis, aku suka bermain muzik bersama anak anak dan kawan kawan. Aktiviti ini telah mencetuskan idea untuk aku menjadikan tema untuk siri lukisan pameran solo aku. Aku juga selalu masuk hutan sebagai aktiviti riadah. Disamping itu dapat juga aku mengambil gambar sebagai rujukan untuk aku menghasilkan siri lukisan permandangan alam.
4. Adakah orang seni harus malas membaca?
Soalan yang menarik. Jawapan aku..“ bahaya kurang membaca!”. Amatlah rugi jika seseorang pelukis tidak rajin membaca dan menambahkan pengetahuan. Lebih lebih lagi kepada pelukis yang belajar sendiri. Bila kita pelukis sentiasa mengamalkan tabiat membaca, sudah tentu kita akan tiada masalah untuk menulis keterangan karya apabila hendak berpameran nanti. Aku sendiri telah menulis sendiri“ coffe table book” untuk pameran solo aku.
5. Apakah perancangan abang seterusnya didalam dunia seni yang abang ceburi?
Selain menjadi pelukis aku juga mengumpul karya karya sahabat sahabat pelukis atau pelukis baru. Mana yang termampu dan aku mampu sahaja laa. Hahaha. Aku mahu membantu mereka menjual karya karya mereka dengan cara membeli terus karya karya mereka. Kebetulan aku sudah mempunyai galeri studio sendiri( rumah yang dijadikan galeri). Aku cuba membayar terus, bukan dengan cara consignment. Udah tentu karya karya tersebut adalah yang terpilih atau menjadi pilihan hatiku. Menjadi cita citaku untuk mengumpul karya dari artis artis ternama tanahair.
6. Siapakah idola di dalam seni lukis yang menjadi ikutan abang?
Aku amat meminati pelukis impresionis, Monet. Salvador Dali. Dan kalau pelukis tempatan pula, Aris Aziz, Jaafar Taib Dan Zaim Durulaman. Gaya realisme mereka membuat aku tak jemu dan kagum melihat karya karya mereka.
07