| kisah seni- wajah
Diawal pembabitanku sebagai pelukis aku banyak menimba ilmu secara teknikal dari pelukis Rafie Abdul Rahma n dan Kamarudin Talib. Selanjutnya aku banyak menerima tunjuk ajar bukan secara formal dari pelukis Aris Aziz. Selain dari itu pengalaman sendirilah yang banyak mengajarku dalam mematangkan diriku apabila berkarya.
Perkara perkara seperti ini telah mematangkan aku dalam bidang ini. Sehingga aku mampu membuat bengkel dan mengendalikan aktiviti bicara seni.
7. Saya difahamkan abang adalah pengasas ' sketchbook ' satu kumpulan didalam facebook. Boleh terangkan serba sedikit dan mengapa kumpulan ini diwujudkan?
Aku juga sangat suka mempraktikkan amalan bersketchbook sehingga terwujudnya grup sketchbook didalam facebook. Grup ini aku khaskan hanya untuk sketchbook sahaja. Segala pos dari ahli hanya atas sketchbook sahaja.
Bukan atas helaian kertas, bukan atas kanvas dan sebagainya. Tujuan aku hanya untuk mengajak dan menggalakkan rakan rakan pelukis lama dan baru untuk terus mengamalkan amalan ini. Disini kita akan belajar mengembangkan idea dari lakaran lakaran kasar hingga menjadi satu karya diatas kertas atau kanvas.
Grup ini telah mencapai keahlian sebanyak tiga ribu lebih orang. Setakat ini, segala assignment yang diberikan oleh para admin telah mendapat sambutan yang hangat. Dari setiap lakaran dari tugasan yang dipos oleh ahli ahli, kami akan membincangkan, mengkritik dan berkongsi ilmu oleh ahli ahli yang agak sifu atau otai.
8. Apa perbezaan antara ' self-tough ' artist dan ahli akademik didalam bidang senilukis?( no komen)
9. Boleh berikan sedikit kata-kata perangsang buat anak muda yang ingin menceburi dunia seni lukis?
Teruskan melukis.
08