| cerpen
Aku pandang Iskandar, dia mengangguk dan tersenyum. " Muhammad Afiq Iman Bin Muhammad Afiq Iskandar." Jawabku sambil tersenyum. " Wah, macam nama Afiq. Muhammad Afiq Ikhwan." Sambut Afiq pula. " Mestilah, adik Afiq kan.." Kata Iskandar sambil mencium pipi Afiq.
* * * * * * * * * * ' Ya Allah, terima kasih. Untuk setiap anugerah paling indah yang telah Kau berikan. Sungguh, aturan-Mu ya Ilahi, tiada yang mampu menandingi. Ya Allah, panjangkan kasih kami, kuatkan iman kami, dan peliharalah kami moga sentiasa dalam redha-Mu.
Ya Rabbul Izzati, berkatilah kasih sayang kami, berilah kami anak-anak yang soleh, jagalah ibu bapa kami dan kasihilah mereka. Ya Ar-Rahman, sungguh aku bersyukur. Disetiap jatuh bangun yang aku lalui, untuk sampai ke tahap ini.
Jadikan aku, isteri yang diredhai suamiku. Dan jadikanlah suamiku adalah sebaik-baik suami dan ayah buat anak-anak kami. Moga keluarga indah kami menjadi keluarga yang menghuni syurga-Mu kelak. Aamiin ya rabbal ' alamin..'
* * * * * * * * * * Firman Allah S. W. T dalam Surah Ar-Rum 30; Ayat 21:
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu( wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu( suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan( yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
* * * * * * * * * * Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.
05